Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kiri: Keluarga Bethel di Brooklyn menyambut Krismas buat kali terakhir pada tahun 1926; kanan: Orang sedar bahawa Saksi-Saksi Yehuwa berbeza

BAHAGIAN 3

Piawaian Kerajaan Tuhan​—Mengutamakan Apa yang Benar di Mata Tuhan

Piawaian Kerajaan Tuhan​—Mengutamakan Apa yang Benar di Mata Tuhan

ANDA melambai kepada jiran anda semasa anda lalu di depan rumahnya. Anda sedar bahawa baru-baru ini dia selalu memerhatikan anda dan keluarga anda. Dia juga melambai kepada anda dan meminta anda untuk menghampirinya. Dia berkata kepada anda, “Boleh saya tanya, mengapakah kamu semua sangat berbeza?” Anda bertanya kembali, “Apa maksud kamu?” Dia menjawab, “Saya tahu kamu ialah Saksi-Saksi Yehuwa. Kamu berbeza daripada orang lain. Kamu tidak melakukan apa yang dilakukan oleh agama lain. Kamu tidak sambut mana-mana perayaan, dan tidak melibatkan diri dalam hal politik dan peperangan. Saya juga tidak pernah nampak kamu merokok, dan keluarga kamu sangat mementingkan prinsip moral. Apakah yang membuat kamu ini sangat berbeza?”

Anda tahu jawapannya dengan jelas sekali: Kita hidup di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan. Sebagai Raja, Yesus sedang memurnikan kita. Dia sedang membantu kita mengikut jejaknya dan dengan demikian, kita menjadi sangat berbeza daripada dunia yang jahat ini. Dalam bahagian ini, kita akan mengkaji bagaimana Kerajaan Mesias memurnikan organisasi Tuhan di bumi, dan memurnikan umat Tuhan secara rohani dan moral agar Yehuwa dimuliakan.

DALAM BAHAGIAN INI

BAB 10

Raja Mesias Memurnikan Umatnya Secara Rohani

Apakah persamaan antara Krismas dan salib?

BAB 11

Pemurnian Moral—Mencerminkan Kesucian Tuhan

Bilik-bilik pengawal dan laluan masuk ke Rumah Tuhan dalam penglihatan Yehezkiel bermakna bagi umat Tuhan sejak tahun 1914.

BAB 12

Aturan untuk Menyembah “Tuhan Kedamaian”

Bible tidak membandingkan keadaan yang kacau-bilau dengan keadaan yang teratur. Sebaliknya, Bible membandingkannya dengan kedamaian. Mengapa? Bagaimanakah jawapan kepada soalan itu mempengaruhi orang Kristian hari ini?