Roh-Roh Jahat Berdusta bahawa Orang Mati Masih Hidup
Bible berkata bahawa Syaitan sedang “menyesatkan seluruh dunia.” (Wahyu 12:9) Syaitan dan roh-roh jahatnya tidak ingin kita mempercayai Firman Tuhan, iaitu Bible. Mereka mencuba membuat orang percaya bahawa orang mati masih hidup di alam roh. Mari kita lihat cara-cara yang digunakan oleh mereka.
Agama Palsu
Banyak agama mengajarkan bahawa setiap manusia mempunyai jiwa yang akan pergi ke alam roh selepas tubuhnya mati. Mereka berkata bahawa tubuh seseorang boleh mati, tetapi jiwa atau rohnya terus hidup. Tambahan lagi, mereka menegaskan bahawa jiwa atau roh tidak boleh mati.
Tetapi, Firman Tuhan tidak mengajarkan hal itu. Contohnya, semasa mengisahkan penciptaan Adam, Bible berkata, “Kemudian Tuhan Yehuwa mengambil tanah dan membentuk seorang lelaki, lalu menghembuskan nafas kehidupan ke dalam lubang hidungnya. Demikianlah lelaki itu menjadi makhluk [atau, “jiwa”] yang hidup.” (Kejadian 2:7, nota kaki) Oleh itu, Tuhan tidak memberi Adam jiwa. Sebaliknya, dia menjadi makhluk, atau jiwa, yang hidup.
Bible berkata bahawa selepas seseorang mati, tiada apa-apa yang
terus hidup. Dia telah mati, maka dia langsung tidak dapat mempengaruhi kehidupan orang lain. Ayat-ayat Bible berkata:-
“Sesiapa [atau, “jiwa”] yang berdosa, dialah yang akan mati.”—Yehezkiel 18:4, nota kaki.
-
“Ketika dia mati, dia tidak dapat membawa apa-apa bersamanya; dia tidak dapat membawa kekayaannya ke kubur bersamanya.”—Mazmur 49:17.
-
“Apabila manusia putus nafas, mereka kembali ke tanah; pada hari itu juga, segala fikiran mereka lenyap.”—Mazmur 146:4.
Ayat Bible lain menunjukkan bahawa keadaan manusia yang mati sama seperti binatang yang mati (Pengkhutbah 3:19, 20) dan orang mati tidak tahu apa-apa pun (Pengkhutbah 9:5, 10). Maka, apabila seseorang mati, tiada apa-apa pun dalam dirinya yang terus hidup.
Jika anda membaca seluruh Bible, anda tidak akan mempelajari bahawa orang mati terus hidup di tempat yang lain. Apabila seseorang mati, dia tidak menjadi roh. Ajaran tentang alam roh yang dihuni oleh roh-roh orang mati tidak berasal daripada Bible. Ajaran ini Amsal 6:16-19; 1 Timotius 4:1, 2.
berasal daripada Syaitan dan roh-roh jahatnya. Yehuwa membenci semua ajaran agama yang palsu.—Bomoh
Cara lain Syaitan menyesatkan orang adalah melalui bomoh atau dukun. Bomoh ialah orang tengah yang dapat menerima pesanan terus daripada alam roh. Ramai orang, termasuk bomoh sendiri, percaya bahawa pesanan-pesanan ini datang daripada roh-roh orang mati. Tetapi, menurut apa yang kita pelajari daripada Bible, hal ini adalah mustahil.—Pengkhutbah 9:5, 6, 10.
Kalau begitu, pesanan-pesanan ini datang daripada siapa? Daripada roh-roh jahat! Roh-roh jahat dapat memerhatikan seseorang apabila dia masih hidup. Jadi, mereka tahu bagaimana orang itu bercakap, bagaimana rupanya, apa yang telah dilakukan olehnya, dan apa yang diketahuinya. Oleh itu, mudah bagi mereka untuk meniru orang yang telah mati.—1 Samuel 28:3-19.
Cerita Dongeng
Cara lain Syaitan menyebarkan dusta tentang keadaan orang mati adalah melalui cerita dongeng. Cerita-cerita sebegini sering menyimpangkan orang daripada kebenaran Bible.—2 Timotius 4:4.
Di Afrika, ramai orang bercerita bahawa mereka pernah bersemuka dengan seseorang yang hidup kembali selepas dia mati. Kejadian sebegini biasanya berlaku di tempat yang jauh dari kampung halaman si mati. Tetapi tanyalah diri anda, “Jika seseorang mampu hidup kembali selepas dia mati, bukankah lebih masuk akal baginya untuk kembali ke pangkuan keluarga dan sahabatnya?”
Tambahan lagi, mungkinkah orang yang dilihat itu kebetulannya menyerupai si mati? Contohnya, dua orang penyiar Kristian yang sedang menjalankan kerja penyebaran di kawasan kampung mendapati bahawa seorang lelaki tua mengekori mereka selama beberapa jam. Apabila mereka menanya lelaki tua itu, barulah mereka mendapat tahu yang dia menyangka bahawa salah seorang penyiar itu ialah abangnya yang telah mati beberapa tahun lalu. Sudah pasti, lelaki tua itu tersilap orang, tetapi dia enggan percaya bahawa dia tersilap. Bayangkan cerita yang kemudiannya dihebohkan oleh lelaki tua itu kepada sahabat dan jiran-jirannya!
Penglihatan, Mimpi, dan Suara
Anda pasti tahu bahawa ada orang yang pernah melihat, mendengar, atau bermimpi tentang
hal-hal yang pelik. Pengalaman yang luar biasa sebegini sering menakutkan orang. Marein, yang tinggal di Afrika Barat, sering mendengar suara mendiang neneknya memanggilnya pada waktu malam. Marein akan menjerit ketakutan sehingga seisi keluarganya terbangun. Akhirnya, dia menjadi tidak waras.Seandainya orang mati betul-betul masih hidup, adakah mereka akan menghantui orang yang disayangi? Tentunya tidak. Pesanan-pesanan yang buruk ini berasal daripada roh-roh jahat.
Tetapi, bagaimana pula dengan pesanan yang nampaknya bermanfaat dan melegakan hati? Misalnya, Gbassay dari Sierra Leone, telah jatuh sakit. Mendiang ayahnya muncul dalam mimpinya. Dia disuruh oleh ayahnya untuk mendapatkan sehelai daun daripada pokok tertentu, mencampurkannya dengan air, dan meminumnya. Sebelum berbuat demikian, dia tidak boleh bercakap dengan sesiapa pun. Dia mengikut arahan ayahnya dan telah pulih.
Seorang wanita yang lain berkata bahawa pada suatu malam suaminya yang telah mati muncul di hadapannya. Dia berkata bahawa suaminya nampak segak dan berpakaian cantik.
Pesanan dan penglihatan sebegini nampaknya baik dan bermanfaat. Adakah Tuhan yang Mazmur 31:5) Dia tidak sekali-kali akan menipu atau memperdaya kita. Hanya roh-roh jahat yang berbuat begitu.
memberikannya? Tidak. Yehuwa ialah “sumber kebenaran.” (Tetapi wujudkah roh-roh jahat yang baik hati? Tidak. Meskipun mereka kadangkala nampaknya sudi membantu kita, mereka semuanya keji. Apabila Si Iblis bercakap dengan Hawa, dia kelihatan ramah. (Kejadian 3:1) Namun, apakah akibatnya selepas Hawa mendengar dan mengikut kata-kata Si Iblis? Dia mati.
Anda tahu bahawa biasanya orang jahat yang ingin menipu dan memperdaya orang lain akan berpura-pura bersikap ramah. Bak kata pepatah Melayu, “Musang berbulu ayam.” Firman Tuhan juga berbunyi, “Syaitan sendiri terus menyamar sebagai malaikat cahaya.”—2 Korintus 11:14.
Tuhan tidak lagi berhubung dengan orang di bumi melalui mimpi, penglihatan, atau suara dari syurga. Dia membimbing dan mengajar mereka menerusi Bible, yang dapat melengkapi orang “dengan sepenuhnya untuk melakukan setiap perbuatan yang baik.”—2 Timotius 3:17.
Oleh sebab Yehuwa mengasihi kita, Dia memberikan amaran agar kita berhati-hati terhadap tipu helah Si Iblis. Dia tahu bahawa roh-roh jahat ialah musuh yang berbahaya.