Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

“Buanglah Patung-Patung Dewa Asing”

“Buanglah Patung-Patung Dewa Asing”

Meskipun Yehuwa belum lagi memberikan larangan tentang menyembah dewa palsu, Yakub tahu bahawa Yehuwa ingin orang menyembah-Nya sahaja. (Kel 20:3-5) Jadi selepas Yehuwa menyuruhnya pulang ke Bethel, Yakub mengarahkan semua orang yang ada bersamanya untuk membuang patung-patung dewa asing mereka. Kemudian, dia juga membuang anting-anting mereka kerana mereka mungkin memakainya sebagai tangkal atau azimat. (Kej 35:1-4) Yehuwa pasti senang hati dengan perbuatan Yakub.

Dewasa ini, bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kita menyembah Yehuwa sahaja? Kita harus menjauhi apa-apa sahaja yang berkaitan dengan berhala atau spiritisme. Hal ini bererti membuang objek yang berkaitan dengan ilmu sihir dan memilih hiburan dengan teliti. Contohnya, tanyalah diri, “Adakah saya suka membaca buku atau menonton filem yang mengandungi unsur seperti puntianak, zombie, atau paranormal? Adakah hiburan saya memaparkan kuasa sihir, jampi, atau guna-guna sebagai perbuatan yang seronok dan tidak berbahaya?” Kita harus menjauhi semua perkara yang dibenci Yehuwa.​—Mz 97:10.

SILA LIHAT VIDEO “LAWANLAH IBLIS.” KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah masalah yang dihadapi oleh seorang pelajar Bible yang bernama Palesa?

  • Mengapakah baik untuk mendapatkan bantuan para penatua semasa menangani masalah yang berkaitan dengan spiritisme?

  • Lawanlah Iblis, dan hampirilah Tuhan.​—Yak 4:7, 8

    Jika kita ingin Yehuwa melindungi kita, apakah yang kita perlu lakukan?

  • Apakah yang dilakukan oleh Palesa?

  • Bagaimanakah anda dapat menjauhkan diri daripada pengaruh roh-roh jahat?