Hizkia Diberkati kerana Imannya
Raja Sanherib dari Asyur telah mengutus seorang pegawai tinggi ke Yerusalem untuk menuntut supaya rakyat kota itu menyerah. Terdapat beberapa perkara yang disebut oleh para utusan Asyur untuk menyebabkan orang Yahudi menyerah tanpa berperang.
-
Diabaikan. Mesir tidak akan membantu mereka.
—Yes 36:6 -
Perasaan ragu-ragu. Yehuwa tidak akan berperang untuk mereka kerana Dia tidak memperkenankan mereka.
—Yes 36:7, 10 -
Perasaan takut. Mereka pasti kalah jika mereka berperang dengan tentera Asyur yang kuat.
—Yes 36:8, 9 -
Godaan. Jika mereka menyerah, Asyur berjanji untuk meningkatkan mutu hidup mereka.
—Yes 36:16, 17