KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Kaum Muda—Curahkanlah Isi Hati Anda kepada Ibu Bapa
Mengapakah anda harus cuba memberitahu ibu bapa apa yang anda fikirkan? (Ams 23:26) Kerana Yehuwa memberi mereka tanggungjawab untuk menjaga dan membimbing anda. (Mz 127:3, 4) Mereka tidak dapat membantu anda jika anda merahsiakan semua kerisauan anda. Anda juga tidak dapat meraih manfaat daripada pengalaman hidup mereka. Jadi perlukah anda memberitahu ibu bapa segala-galanya? Tidak semestinya, tetapi anda juga tidak patut cuba menipu mereka.—Ams 3:32.
Bagaimanakah anda dapat bercakap kepada ibu bapa? Pilihlah masa yang sesuai bagi anda dan mereka. Jika anda tidak dapat mencari masa yang sesuai, anda boleh menulis surat untuk mengongsi perasaan anda. Bagaimana pula jika mereka ingin membincangkan sesuatu topik tetapi anda tidak? Ingatlah mereka ingin membantu anda, mereka bukanlah musuh anda. Apabila anda berusaha untuk berkomunikasi secara terbuka dengan ibu bapa, anda akan meraih manfaat untuk selama-lamanya!—Ams 4:10-12.
SILA LIHAT VIDEO KEHIDUPAN REMAJAKU—BAGAIMANAKAH SAYA DAPAT BERCAKAP KEPADA IBU BAPA? KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
-
Apakah yang Esther dan Partik sedar tentang diri mereka?
-
Apakah yang anda belajar daripada teladan Yesus?
-
Bagaimanakah ibu bapa anda menunjukkan bahawa mereka mengambil berat terhadap anda?
-
Apakah prinsip-prinsip Bible yang dapat membantu anda untuk bercakap kepada ibu bapa?