Cadangan Penyampaian
MENARA PENGAWAL
Soalan: Pada pendapat anda, apakah kurniaan paling istimewa yang telah kita terima daripada Tuhan?
Ayat: Yoh 3:16
Cara Menawarkan: Majalah ini menjelaskan tujuan Tuhan mengutus Yesus ke bumi dan mati demi kita. Kita juga dapat belajar cara untuk menunjukkan penghargaan terhadap kurniaan ini.
APA ITU KERAJAAN TUHAN? (T-36)
Soalan: [Tunjuk muka depan risalah.] Apakah jawapan anda bagi soalan ini? Adakah Kerajaan Tuhan sesuatu di dalam hati anda? sebuah tempat di syurga? atau sebuah kerajaan di syurga?
Ayat: Da 2:44; Yes 9:5, 6
Cara Menawarkan: Risalah ini menjelaskan tentang manfaat Kerajaan Tuhan bagi anda.
SURAT JEMPUTAN PERINGATAN
Cara Menawarkan: Kami sedang menjemput orang untuk menghadiri satu acara yang penting. [Berikan jemputan kepada penghuni rumah.] Pada 11 April, jutaan orang di serata dunia akan berkumpul untuk memperingati kematian Yesus Kristus. Kita akan mendengar ceramah Bible tentang kematian Yesus dan manfaatnya bagi kita. Acara ini adalah percuma. Masa dan tempatnya ada dalam jemputan ini. Sila datang.
TULISKAN PENYAMPAIAN ANDA
Gunakan contoh penyampaian yang disediakan untuk menghasilkan penyampaian anda sendiri.