Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran​—Mengajar Pelajar Bible Membuat Persiapan

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran​—Mengajar Pelajar Bible Membuat Persiapan

MENGAPA PENTING: Dengan membuat persiapan, pelajar Bible dapat memahami dan mengingati hal yang dipelajari. Hasilnya, mereka dapat membuat kemajuan rohani. Selepas dibaptis, mereka masih perlu membuat persiapan untuk perjumpaan dan aktiviti penyebaran agar dapat ‘terus berjaga-jaga.’ (Mt 25:13) Jika mereka mengetahui cara membuat penyelidikan dan memiliki rutin pembelajaran yang baik, mereka akan meraih banyak manfaat. Sejak mula lagi, kita harus membantu pelajar Bible kita memupuk tabiat membuat persiapan untuk pembelajaran Bible mereka.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Jadilah teladan yang baik. (Rm 2:21) Semasa membuat persiapan, fikirkan keperluan pelajar anda. (km 11/15 3) Tunjukkan persiapan yang telah anda lakukan dalam bahan bacaan anda

  • Galakkan dia untuk buat persiapan. Sebaik saja pembelajaran Bible diadakan secara tetap, beritahu dia bahawa persiapan ialah sebahagian daripada aturan pembelajaran Bible dan jelaskan manfaat untuk berbuat demikian. Berikan cadangan yang boleh membantunya mencari masa untuk membuat persiapan. Sesetengah guru Bible meminjamkan bahan bacaan mereka kepada pelajar semasa pembelajaran Bible supaya pelajar dapat melihat manfaat persiapan yang rapi. Pujilah dia jika dia membuat persiapan

  • Tunjukkan kepadanya cara untuk membuat persiapan. Sesetengah guru Bible menggunakan seluruh sesi pembelajaran untuk menunjukkan pelajar yang baharu cara membuat persiapan