Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Semua Cubaan Pasti Akan Berakhir

Semua Cubaan Pasti Akan Berakhir

Cubaan dapat membuat kita tawar hati, terutamanya jika cubaan itu berlanjutan buat masa yang lama. Daud tahu bahawa cubaannya yang disebabkan oleh Raja Saul pasti akan berakhir dan dia akan menjadi raja seperti yang dijanjikan oleh Yehuwa. (1Sa 16:13) Iman Daud membantunya untuk menantikan Yehuwa dengan sabar.

Semasa menghadapi cubaan, kita dapat menggunakan kebijaksanaan, pengetahuan, atau daya pemikiran yang baik untuk mengubah situasi kita. (1Sa 21:12-14; Ams 1:4) Tetapi sesetengah masalah masih berterusan biarpun kita telah bertindak menurut prinsip-prinsip Bible. Jika hal ini berlaku, kita perlu bersabar dan menantikan Yehuwa. Tidak lama lagi, Dia akan mengakhiri semua penderitaan kita dan “menyapu semua air mata” kita. (Why 21:4) Tidak kira masalah kita diselesaikan kerana bantuan Yehuwa atau sebab-sebab lain, kita boleh yakin bahawa semua cubaan pasti akan berakhir. Hakikat ini memberi kita kelegaan hati.

SILA LIHAT VIDEO UMAT YANG BERSATU PADU DALAM DUNIA YANG BERPECAH BELAH. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah cabaran yang dihadapi oleh sesetengah saudara saudari di bahagian selatan Amerika Syarikat?

  • Bagaimanakah mereka menunjukkan kesabaran dan kasih?

  • Bagaimanakah mereka terus bertumpu kepada “perkara-perkara yang lebih penting”?—Flp 1:10