KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Tiga Cara Kita Bergantung pada Yehuwa
Daud dapat mengalahkan Goliat kerana dia bergantung pada Yehuwa. (1Sa 17:45) Yehuwa ingin menggunakan kuasa-Nya untuk membantu semua penyembah-Nya. (2Taw 16:9) Bagaimanakah kita dapat bergantung pada Yehuwa, dan bukannya pengalaman dan kebolehan sendiri? Berikut merupakan tiga cara:
-
Sentiasa berdoa. Anda bukan sahaja boleh berdoa meminta pengampunan setelah berbuat dosa, tetapi anda juga boleh berdoa meminta kekuatan apabila digoda untuk melakukan dosa. (Mt 6:12, 13) Anda bukan sahaja boleh berdoa meminta Yehuwa memberkati keputusan yang telah anda buat, tetapi anda juga boleh memohon bimbingan dan kebijaksanaan-Nya sebelum membuat keputusan.—Yak 1:5
-
Tetapkan jadual untuk membaca dan mempelajari Bible. Baca Bible setiap hari. (Mz 1:2) Renungkan contoh-contoh Bible, dan terapkan pengajarannya. (Yak 1:23-25) Buat persediaan untuk aktiviti penyebaran, dan bukannya bergantung pada pengalaman sendiri. Buat persediaan agar anda dapat meraih manfaat daripada perjumpaan dengan sepenuhnya
-
Bekerjasama dengan organisasi Yehuwa. Ketahui arahan terkini daripada organisasi Tuhan, dan mematuhinya dengan segera. (Bil 9:17) Dengar cakap para penatua apabila mereka memberikan nasihat dan bimbingan.—Ibr 13:17
SILA LIHAT VIDEO TIADA SEBAB UNTUK TAKUT MENGHADAPI PENGANIAYAAN. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
• Mengapakah saudara saudari itu berasa takut?
• Apakah yang membantu mereka untuk mengatasi rasa takut?