KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Siapakah Sahabat Anda dalam Rangkaian Sosial?
Seorang sahabat ialah “seseorang yang kita suka dan hormat.” Contohnya, selepas Daud membunuh Goliat, Yonatan dan Daud mula mempunyai persahabatan yang erat. (1Sa 18:1) Mereka mengagumi sifat-sifat satu sama lain. Maka, kita perlu kenal seseorang untuk menjadi sahabatnya. Hal ini memerlukan masa dan usaha. Namun dalam rangkaian sosial, anda boleh menjadi kawan sesiapa sahaja dengan hanya satu klik. Dalam alam maya, seseorang dapat menyembunyikan dirinya yang sebenar kerana dia boleh memilih apa yang ingin dikongsikannya. Oleh itu, adalah baik untuk berfikir masak-masak sebelum menerima seseorang sebagai sahabat dalam Internet. Jika seseorang yang anda tidak begitu kenal meminta untuk menjadi kawan anda dalam rangkaian sosial, janganlah takut untuk menolak permintaan itu kerana risau menyakiti hatinya. Memandangkan rangkaian sosial ada bahaya, sesetengah orang memilih untuk langsung tidak menggunakannya. Namun, jika anda menggunakan rangkaian sosial, apakah yang perlu anda ingat?
SILA LIHAT VIDEO GUNAKAN RANGKAIAN SOSIAL DENGAN BIJAK. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
-
Apakah yang perlu anda fikirkan sebelum memaparkan komen dan gambar?
-
Mengapakah anda harus berhati-hati semasa memilih sahabat dalam rangkaian sosial?
-
Mengapakah anda harus mengehadkan masa yang diluangkan dalam rangkaian sosial?—Ef 5:15, 16