Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Cara Menggunakan Buku “Bible Mengajar”

Cara Menggunakan Buku “Bible Mengajar”

Ciri-ciri buku “Bible Mengajar” dan Ajaran Bible adalah hampir sama. Misalnya, urutan topik serta kandungan buku-buku ini adalah sama. Namun, buku “Bible Mengajar” menggunakan kata-kata dan penjelasan yang mudah difahami. Tujuannya adalah untuk membantu mereka yang berasa susah untuk memahami buku Ajaran Bible. Buku “Bible Mengajar” tidak mempunyai bahagian lampiran seperti buku Ajaran Bible, tetapi mengandungi keterangan ringkas bagi ungkapan dan gagasan tertentu. Soalan pengenalan dan kotak ulang kaji juga tidak disertakan dalam buku ini. Sebaliknya, setiap bab diakhiri dengan ringkasan bagi topik yang dipelajari. Seperti buku Ajaran Bible, buku ini boleh ditawarkan pada bila-bila masa. Buat masa ini, buku “Bible Mengajar” belum ada dalam bahasa Melayu. Namun, kita masih dapat membuat persiapan untuk menggunakan buku ini pada masa depan. Apakah caranya?

RINGKASAN: Biasanya, pembelajaran Bible diadakan dengan membaca perenggan serta menanya soalan yang terdapat dalam buku Ajaran Bible. Bagi kebanyakan orang, kaedah ini cukup berkesan. Bagaimana pula jika pelajar anda tidak pandai membaca atau kurang fasih dalam bahasa yang digunakan untuk pembelajaran Bible? Anda boleh menggunakan buku “Bible Mengajar.” Bahagian ringkasan boleh dibincangkan dan anda boleh menggalakkannya untuk membaca maklumat dalam perenggan pada masa lain. Biasanya, setiap bahagian dalam ringkasan tersebut boleh dibincangkan dalam masa 15 minit. Memandangkan maklumatnya ringkas dan padat, guru Bible haruslah membuat persiapan rapi dan berfokus kepada keperluan pelajar. Jika perenggan-perenggan bagi setiap bab akan dibincangkan, bahagian ringkasan boleh digunakan sebagai ulang kaji.

KETERANGAN: Penjelasan bagi ungkapan dan gagasan disusun mengikut urutan dalam perenggan. Guru Bible boleh memilih sama ada hendak membincangkan bahagian keterangan buku “Bible Mengajar” atau tidak.