Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Petua untuk Mengadakan Perjumpaan Sebelum Kerja Penyebaran yang Membawa Manfaat

Petua untuk Mengadakan Perjumpaan Sebelum Kerja Penyebaran yang Membawa Manfaat

Seperti perjumpaan sidang yang lain, perjumpaan sebelum kerja penyebaran ialah aturan daripada Yehuwa yang membolehkan kita untuk saling memberikan dorongan untuk memperlihatkan kasih dan melakukan perbuatan yang baik. (Ibr 10:24, 25) Perjumpaan ini harus merangkumi membuat aturan untuk kumpulan penyebaran, menugaskan kawasan penyebaran, dan doa. Perjumpaan ini harus dikendalikan dalam masa lima hingga tujuh minit. (Jika perjumpaan ini diadakan selepas perjumpaan sidang yang lain, masa bagi perjumpaan ini patut lebih singkat.) Saudara yang mengendalikan perjumpaan ini harus membuat persiapan agar dapat menyampaikan maklumat yang praktikal kepada para penyiar. Misalnya, kebanyakan penyiar yang menyertai kerja penyebaran pada hari Sabtu tidak dapat keluar menginjil pada hari-hari lain. Jadi, saudara yang mengambil pimpinan pada hari itu boleh membincangkan cadangan penyampaian. Apakah hal-hal yang boleh dibincangkan semasa perjumpaan sebelum kerja penyebaran?

  • Cadangan topik perbualan daripada Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita

  • Cara memulakan perbualan dengan menggunakan isu atau berita semasa

  • Cara mengatasi penghalang perbualan yang biasa didengar

  • Cara untuk memulakan perbualan dengan ateis, orang yang mempercayai evolusi, orang yang bertutur dalam bahasa asing, atau penganut agama yang jarang ditemui di kawasan tempatan

  • Cara menggunakan ciri-ciri di laman web jw.org, aplikasi JW Library®, atau Bible

  • Cara menggunakan salah satu bahan daripada Bahan Utama untuk Mengajar

  • Cara untuk menginjil menerusi telefon atau surat, melakukan kesaksian awam, kunjungan kembali, atau pembelajaran Bible

  • Cara untuk menjaga keselamatan, bersikap munasabah dan positif, berkelakuan baik, dan sebagainya

  • Maklumat atau video daripada brosur Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar

  • Cara menggalakkan dan membantu rakan penyebaran anda

  • Ayat Bible yang berkaitan dengan kerja penyebaran atau pengalaman menginjil yang menggalakkan