KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Carilah Nasihat Bijak untuk Kehidupan di JW.ORG
Bible dapat membantu kita menghadapi cabaran pada hari-hari terakhir. (2Ti 3:1, 16, 17) Ada kalanya, kita perlukan prinsip Bible yang spesifik untuk menghadapi cabaran tertentu. Contohnya, adakah anda seorang ibu atau bapa yang memerlukan nasihat tentang cara membesarkan anak? Adakah anda seorang remaja yang berasa susah untuk mentaati Yehuwa? Adakah anda sedang berkabung kerana pasangan hidup anda meninggal? Anda dapat mencari bahan di jw.org yang mengandungi prinsip-prinsip Bible untuk menangani situasi yang disebutkan dan situasi yang lain.—Ams 2:3-6.
Mula-mula, klik tab AJARAN BIBLE pada laman utama jw.org. (Lihat gambar 1.) Kemudian, pilih kategori yang anda mahu. Atau klik tab PERPUSTAKAAN > SIRI RENCANA dan pilih kategori yang anda mahu. (Lihat gambar 2.) Kategori yang sama juga terdapat di JW Library®. * Ambillah masa untuk melihat rencana-rencana yang terdapat di jw.org atau JW Library. Satu lagi cara untuk mencari topik yang tertentu adalah dengan menggunakan kotak carian di jw.org.
Taipkan topik berikut di kotak carian, dan catatkan rencana-rencana yang ingin anda baca.
-
Membesarkan anak
-
Kemurungan remaja
-
Kematian teman hidup
^ Sesetengah siri rencana yang lengkap hanya terdapat di jw.org buat masa ini.