Apakah Ajaran Bible?
Mungkinkah dunia ini menjadi damai?
Apakah jawapan anda?
Ya
Tidak
Mungkin
Jawapan Bible
Di bawah pemerintahan Yesus Kristus, ‘kemakmuran akan kekal selama bulan bercahaya’—maksudnya, untuk selama-lamanya.—Mazmur 72:7.
Hal lain yang kita pelajari daripada Bible
Orang jahat akan dilenyapkan dari bumi dan orang baik akan “menikmati kemakmuran yang berlimpah-limpah.”—Mazmur 37:10, 11.
Tuhan akan mengakhiri semua peperangan.—Mazmur 46:9, 10.
Mungkinkah kita menikmati ketenangan minda sekarang?
Sesetengah orang percaya . . . bahawa kita tidak mungkin menikmati ketenangan minda selagi dunia ini dipenuhi penderitaan dan ketidakadilan. Apakah pendapat anda?
Jawapan Bible
Orang yang menghampiri Tuhan dapat merasai “kesejahteraan daripada Tuhan” bahkan pada masa sekarang.—Filipi 4:6, 7.
Hal lain yang kita pelajari daripada Bible
Tuhan berjanji bahawa Dia akan menghapuskan penderitaan dan ketidakadilan, serta “menjadikan semuanya baru.”—Wahyu 21:4, 5.
Kita dapat merasai ketenteraman batin dengan menjaga “keperluan rohani” sendiri.—Matius 5:3.