RENCANA PEMBELAJARAN 50
Yehuwa Akan Membebaskan Anda
“Kamu mesti mengisytiharkan kebebasan kepada semua penduduk di negeri kamu.”—IM. 25:10.
LAGU 22 Datanglah Kerajaan Tuhan!
PENGENALAN *
1-2. (a) Apakah sambutan yang diadakan di sesetengah negara? (Lihat kotak “ Apakah Itu Tahun Pembebasan?”) (b) Apakah yang disebutkan oleh Yesus di Lukas 4:16-18?
SESETENGAH negara akan mengadakan sambutan istimewa untuk merayakan ulang tahun ke-50 pemerintahan raja atau ratu. Sambutan itu mungkin berlangsung selama sehari, seminggu, atau lebih lama lagi, tetapi keriangannya tidak berkekalan dan akhirnya dilupakan.
2 Orang Israel kuno juga merayakan Tahun Pembebasan sekali setiap 50 tahun, dan sambutan ini akan berlangsung selama setahun. Apakah kaitan Tahun Pembebasan dengan kita? Aturan ini mengingatkan kita tentang satu pemberian istimewa daripada Yehuwa. Pemberian ini akan membawa pembebasan yang kekal, dan kita dapat meraih manfaat daripadanya bahkan sekarang. Semasa Yesus di bumi, dia pernah menyebut tentang pembebasan ini.—Baca Lukas 4:16-18.
3. Menurut Imamat 25:8-12, bagaimanakah orang Israel meraih manfaat daripada Tahun Pembebasan?
3 Kita dapat lebih memahami pembebasan yang disebutkan oleh Yesus dengan meneliti Tahun Pembebasan yang diaturkan oleh Tuhan bagi orang Israel kuno. Yehuwa memberitahu umat-Nya, “Tahun yang ke-50 itu merupakan tahun yang suci dan kamu mesti mengisytiharkan kebebasan kepada semua penduduk di negeri kamu. Tahun itu ialah Tahun Pembebasan bagi kamu. Semua orang harus mendapat kembali harta miliknya yang sudah dijual dan sesiapa yang sudah dijual sebagai hamba harus kembali kepada keluarganya.” (Baca Imamat .) Dalam rencana sebelumnya, kita telah melihat bagaimana orang Israel meraih manfaat daripada hari Sabat. Bagaimana pula dengan Tahun Pembebasan? Katakan seorang Israel menanggung banyak hutang dan terpaksa menjual tanahnya untuk membayar hutang. Pada Tahun Pembebasan, orang itu akan “mendapat kembali harta miliknya,” dan tanah itu dapat diwariskan kepada anak-anaknya. Atau katakan seseorang terpaksa menjual dirinya atau anaknya sebagai hamba untuk membayar hutang. Pada Tahun Pembebasan, dia atau anaknya itu akan “kembali kepada keluarganya.” Maksudnya, tiada orang yang akan menjadi hamba seumur hidup. Tidakkah aturan ini menunjukkan bahawa Yehuwa mengambil berat terhadap umat-Nya? 25:8-12
4-5. Mengapakah kita perlu belajar tentang aturan Tahun Pembebasan?
4 Tahun Pembebasan juga membawa satu lagi manfaat. Melalui Musa, Yehuwa menjelaskan, “Yehuwa, Tuhan kamu, pasti akan memberkati kamu di tanah yang akan diberikan oleh Yehuwa kepada kamu sebagai warisan. Tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang akan menjadi miskin.” (Ul. 15:4) Keadaan itu sangat berbeza daripada dunia sekarang, iaitu orang kaya menjadi semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin!
5 Sebagai orang Kristian, kita tidak perlu mematuhi Hukum Musa. Maksudnya, kita tidak mengikut peraturan Tahun Pembebasan untuk membebaskan hamba, membatalkan hutang, dan memulangkan tanah pusaka. (Rm. 7:4; 10:4; Ef. 2:15) Namun, kita masih perlu belajar tentang aturan ini. Mengapa? Kerana aturan ini mengingatkan kita tentang kebebasan yang diberikan oleh Yehuwa kepada kita.
YESUS MENGUMUMKAN PEMBEBASAN
6. Kita perlu dibebaskan daripada apa?
6 Kita semua perlu dibebaskan kerana kita ialah hamba kepada dosa. Dosa itu sangat kejam kerana menyebabkan kita menjadi tua, jatuh sakit, dan mati. Kita diingatkan akan kesan dosa setiap kali kita melihat diri dalam cermin atau dirawat oleh doktor. Kita juga berasa tawar hati setelah melakukan dosa. Rm. 7:23, 24.
Selepas mengaku bahawa dia dikuasai hukum dosa, Rasul Paulus menambah, “Alangkah malangnya aku ini! Siapakah yang akan menyelamatkan aku daripada tubuh yang akan mati ini?”—7. Apakah yang dinubuatkan oleh Yesaya?
7 Namun, Tuhan telah mengaturkan supaya kita dibebaskan daripada dosa. Yesus ialah kunci kepada pembebasan itu. Pada abad kelapan Sebelum Masihi, Nabi Yesaya telah bernubuat tentang pembebasan agung yang jauh lebih unggul daripada Tahun Pembebasan orang Israel. Dia menulis, “Kuasa suci Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ada padaku, kerana Yehuwalah yang mengurapi aku untuk mengisytiharkan berita baik kepada orang yang rendah hati. Dia mengutus aku untuk menyembuhkan orang yang hancur hati, untuk mengumumkan pembebasan kepada orang yang ditawan.” (Yes. 61:1) Siapakah yang dimaksudkan dalam nubuat itu?
8. Siapakah yang dimaksudkan dalam nubuat Yesaya?
8 Nubuat yang penting itu mula menjadi kenyataan selepas Yesus memulakan kerja penyebarannya di bumi. Semasa Yesus pergi ke rumah ibadat di Nasaret, kampung halamannya, dia membacakan kata-kata Yesaya itu kepada orang Yahudi yang berkumpul di situ: “Kuasa suci Yehuwa ada padaku kerana Dialah yang mengurapi aku untuk mengisytiharkan berita baik kepada orang miskin; Dia mengutus aku untuk mengumumkan kepada orang yang ditawan bahawa mereka akan dibebaskan, dan mengumumkan kepada orang buta bahawa penglihatan mereka akan dipulihkan. Dia juga mengutus aku untuk membebaskan orang yang tertindas, dan mengisytiharkan tahun yang diperkenankan Yehuwa.” (Luk. 4:16-19) Kemudian, Yesus menyatakan bahawa dialah orang yang dimaksudkan oleh Yesaya. Bagaimanakah Yesus memenuhi nubuat itu?
KUMPULAN PERTAMA YANG DIBEBASKAN
9. Apakah pembebasan yang diharapkan oleh ramai orang pada zaman Yesus?
9 Pada abad pertama, pembebasan yang dinubuatkan oleh Yesaya mula berlaku. Selepas membacakan nubuat Yesaya, Yesus berkata, “Pada hari ini, ayat yang baru kamu dengar tadi sudah menjadi kenyataan.” (Luk. 4:21) Ramai pendengar Yesus mungkin mengharapkan pembebasan daripada penindasan kerajaan Roma. Mereka mungkin mempunyai perasaan yang sama seperti dua orang pengikut Yesus yang berkata, “Kami berharap bahawa dialah orang yang akan membebaskan Israel.” (Luk. 24:13, 21) Namun, kita tahu bahawa Yesus tidak menggalakkan para pengikutnya untuk menentang jajahan Roma. Sebaliknya, dia menyuruh mereka, “Berikanlah milik Kaisar kepada Kaisar.” (Mat. 22:21) Jadi, bagaimanakah Yesus membawa pembebasan pada masa itu?
10. Yesus membebaskan orang daripada apa?
10 Anak Tuhan datang ke bumi untuk membawa pembebasan dalam dua cara. Pertama, Yesus membebaskan orang daripada ajaran para pemimpin agama yang membebankan. Ramai orang Yahudi pada zaman Yesus terikat kepada adat dan kepercayaan yang salah. (Mat. 5:31-37; 15:1-11) Orang yang sepatutnya memberikan bimbingan rohani pula seolah-olah buta. Mereka menolak Mesias dan kebenaran yang diajarkannya, jadi mereka tetap dibelenggu oleh dosa dan kegelapan rohani. (Yoh. 9:1, 14-16, 35-41) Tetapi melalui teladan dan ajarannya, Yesus membawa pembebasan rohani kepada orang yang rendah hati.—Mrk. 1:22; 2:23–3:5.
11. Apakah cara kedua Yesus membawa pembebasan?
11 Kedua, Yesus membebaskan manusia daripada diperhamba oleh dosa Adam. Atas dasar korban Yesus, Tuhan dapat mengampunkan dosa orang yang beriman dan yang menerima tebusan. (Ibr. 10:12-18) Yesus berkata, “Jika Anak membebaskan kamu, kamu benar-benar bebas.” (Yoh. 8:36) Kebebasan itu jauh lebih istimewa daripada kebebasan yang dinikmati orang Israel pada Tahun Pembebasan. Contohnya, seorang hamba yang dibebaskan mungkin akan menjadi hamba lagi pada kemudian hari. Biarpun dia tidak menjadi hamba lagi, dia akhirnya akan mati juga.
12. Siapakah kumpulan pertama yang menikmati pembebasan yang disebutkan oleh Yesus?
12 Pada Pentakosta 33 M, Yehuwa menggunakan kuasa suci-Nya untuk mengurapi para rasul dan pengikut-pengikut Yesus yang setia. Mereka dijadikan anak angkat Tuhan, dan akan dibangkitkan ke syurga untuk memerintah bersama Yesus. (Rm. 8:2, 15-17) Merekalah kumpulan pertama yang menikmati pembebasan yang disebut oleh Yesus di Nasaret. Mereka tidak lagi diperhamba oleh ajaran palsu dan amalan salah para pemimpin agama Yahudi. Selain itu, dalam mata Tuhan, mereka sudah dibebaskan daripada dosa yang membawa maut. Pembebasan yang agung ini bermula pada tahun 33 M, dan akan berakhir pada hujung Pemerintahan Seribu Tahun Yesus. Apakah yang akan tercapai sepanjang masa itu?
JUTAAN ORANG LAIN DIBEBASKAN
13-14. Siapakah yang juga menikmati pembebasan yang disebutkan oleh Yesus?
13 Pada zaman moden, terdapat jutaan orang daripada pelbagai bangsa yang menyembah Tuhan. Kebanyakan antara mereka merupakan “biri-biri lain,” yang tidak dipilih oleh Tuhan untuk memerintah di syurga bersama Yesus. (Yoh. 10:16) Bible menyatakan bahawa mereka berpeluang hidup selama-lamanya di bumi. Adakah anda salah seorang daripada mereka?
14 Jika ya, anda sudah pun menikmati sesetengah manfaat yang diberikan kepada orang Kristian terurap. Contohnya, oleh sebab anda beriman kepada korban Yesus, anda dapat meminta Yehuwa mengampunkan dosa anda. Hasilnya anda mendapat perkenan Tuhan dan hati nurani yang bersih. (Ef. 1:7; Why. 7:14, 15) Fikirkan juga berkat-berkat yang anda nikmati setelah dibebaskan daripada ajaran palsu. Yesus berkata, “Kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan membebaskan kamu.” (Yoh. 8:32) Alangkah gembiranya kita kerana mendapat kebebasan sebegini!
15. Apakah kebebasan dan berkat yang menantikan kita?
15 Anda akan menikmati kebebasan yang lebih besar pada masa depan. Tidak lama lagi, Yesus akan melenyapkan semua agama palsu dan kerajaan manusia yang buruk. Tuhan akan melindungi “kumpulan besar manusia” yang Why. 7:9, 14) Banyak orang akan dibangkitkan dan berpeluang dibebaskan daripada semua kesan buruk dosa Adam.—Kis. 24:15.
menyembah-Nya, dan Dia akan mencurahkan berkat kepada mereka di bumi firdaus. (16. Apakah pembebasan agung yang akan berlaku pada masa depan?
16 Semasa Pemerintahan Seribu Tahun Kristus, manusia akan menikmati kebebasan yang lebih besar daripada apa yang dinikmati orang Israel pada Tahun Pembebasan. Yesus dan kaum terurap akan membantu manusia mencapai kesihatan yang sempurna dan memiliki hubungan yang sempurna dengan Tuhan. Pada akhir seribu tahun itu, semua orang di bumi yang menyembah Yehuwa dengan setia akan menjadi sempurna dan dibebaskan sepenuhnya daripada dosa.
17. Bagaimanakah Yesaya 65:21-23 menggambarkan keadaan hidup umat Tuhan? (Lihat gambar pada muka depan majalah.)
17 Baca Yesaya 65:21-23. Ayat-ayat itu menggambarkan keadaan di bumi semasa Pemerintahan Seribu Tahun Kristus. Sepanjang masa itu, umat Tuhan tidak akan duduk berpeluk tubuh. Sebaliknya mereka akan melakukan banyak kerja yang berguna dan berasa puas. Pada akhir seribu tahun itu, “ciptaan [akan] dibebaskan daripada menjadi hamba tubuh yang boleh musnah lalu menikmati kebebasan dan kemuliaan sebagai anak-anak Tuhan.”—Rm. 8:21.
18. Mengapakah kita yakin bahawa kita akan menikmati masa depan yang cerah?
18 Sebagaimana Yehuwa memastikan agar orang Israel mempunyai masa untuk bekerja dan berehat, Dia juga akan memastikan agar umat-Nya mempunyai masa untuk bekerja dan berehat sepanjang Pemerintahan Seribu Tahun Kristus. Kita pasti akan mempunyai masa untuk menyembah Tuhan. Kegiatan rohani berkait rapat dengan kebahagiaan kita dewasa ini, dan hakikat itu tidak akan berubah dalam dunia baharu. Di bawah pemerintahan Kristus, semua manusia yang setia akan bersukacita kerana dapat melakukan kerja yang memuaskan dan beribadat kepada Tuhan.
LAGU 142 Berpegang Teguh pada Harapan Kita
^ per. 5 Yehuwa telah mengaturkan Tahun Pembebasan untuk orang Israel kuno. Walaupun orang Kristian tidak perlu mematuhi Hukum Musa, aturan ini mengingatkan kita tentang satu pemberian Yehuwa yang istimewa. Rencana ini akan membincangkan pemberian itu dan cara untuk meraih manfaat daripadanya.
^ per. 61 KETERANGAN GAMBAR: Pada Tahun Pembebasan, hamba-hamba akan dibebaskan supaya mereka dapat kembali kepada keluarga dan mendapat semula tanah masing-masing.