Pertanyaan Pembaca
Rasul Paulus menulis bahawa Yehuwa “tidak akan membiarkan kamu menghadapi godaan yang tidak dapat kamu tanggung.” (1 Kor. 10:13) Adakah ayat itu bermaksud bahawa Yehuwa melihat ke masa depan untuk mengetahui cubaan yang mampu kita tanggung dan menentukan cubaan yang akan melanda kita?
Fikirkan bagaimana pandangan sedemikian mempengaruhi kita. Anak lelaki seorang saudara telah membunuh diri. Saudara itu bertanya, “Adakah hal itu berlaku kerana Yehuwa telah melihat ke masa depan dan tahu bahawa saya dan isteri saya mampu bertahan jika anak kami bunuh diri?” Adakah Yehuwa menggunakan cara sedemikian untuk menentukan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita?
Setelah meneliti kata-kata Paulus di 1 Korintus 10:13, kesimpulannya ialah: Bible tidak mengajar bahawa Yehuwa akan melihat ke masa depan untuk mengetahui cubaan yang mampu kita tanggung dan menentukan cubaan yang akan melanda kita. Terdapat empat sebab untuk kesimpulan itu.
Pertama, Yehuwa memberi manusia kebebasan untuk memilih. Dia ingin kita memilih haluan hidup sendiri. (Ul. 30:19, 20; Yos. 24:15) Jika kita memilih haluan yang benar, Yehuwa pasti membimbing langkah kita. (Mzm. 23:3) Namun, jika kita memilih haluan yang salah, kita harus menanggung akibatnya. (Gal. 6:7) Jika Yehuwa memilih cubaan yang akan melanda kita, tidakkah hal itu bermaksud bahawa Dia sudah merampas kebebasan kita?
Kedua, Yehuwa tidak melindungi kita daripada ‘bencana yang tidak disangka-sangka.’ (Pkh. 9:12) Jika kita berada di tempat yang salah pada waktu yang salah, kita mungkin ditimpa malapetaka. Pada zaman Yesus, ada menara yang runtuh dan membunuh 18 orang, tetapi Yesus mengatakan bahawa kemalangan itu bukan kehendak Tuhan. (Luk. 13:1-5) Maka, adakah munasabah untuk berfikir bahawa Tuhan sudah menentukan siapa yang akan hidup atau mati dalam bencana yang tidak disangka?
Ketiga, kita masing-masing harus setia kepada Tuhan. Syaitan mempersoalkan kesetiaan setiap penyembah Yehuwa. Dia mendakwa bahawa kita menyembah Yehuwa demi kepentingan diri dan akan meninggalkan-Nya jika ditimpa kesusahan. (Ayb. 1:9-11; 2:4; Why. 12:10) Oleh itu, jika Yehuwa melindungi kita daripada cubaan tertentu kerana Dia berfikir bahawa kita tidak mampu menanggungnya, tidakkah perbuatan-Nya akan menyokong dakwaan Syaitan?
Yes. 46:10) Tetapi Bible menunjukkan bahawa Yehuwa hanya berbuat demikian pada masa yang sesuai. (Kej. 18:20, 21; 22:12) Yehuwa pengasih, adil, dan seimbang. Semasa menggunakan kuasa-Nya untuk mengetahui masa depan, Yehuwa juga menghormati kebebasan kita untuk memilih.
Jadi, apakah maksud Paulus semasa dia berkata, “Tuhan . . . tidak akan membiarkan kamu menghadapi godaan yang tidak dapat kamu tanggung”? Kata-kata Paulus menjelaskan apa yang dilakukan Yehuwa semasa kita menghadapi cubaan, bukannya sebelum kita menghadapinya. * Kata-katanya meyakinkan kita bahawa tidak kira apa cubaan yang menimpa kita, Yehuwa pasti membantu kita jika kita percaya kepada-Nya. (Mzm. 55:23) Mengapakah Paulus berkata demikian? Terdapat dua sebab.
Pertama, cubaan yang kita hadapi “biasa dialami oleh manusia.” Cubaan yang kita hadapi merupakan asam garam kehidupan. Selagi kita bergantung pada Tuhan, kita mampu menghadapinya dengan tabah. (1 Ptr. 5:8, 9) Dalam konteks 1 Korintus 10:13, Paulus menyebut tentang cubaan yang dihadapi orang Israel di padang belantara. (1 Kor. 10:6-11) Semua cubaan itu memang lazim dan tidak terlalu susah sehingga tidak dapat ditanggung oleh orang Israel yang setia. Namun, oleh sebab mereka tidak bergantung pada Yehuwa, Paulus menyatakan bahawa “sesetengah orang antara mereka” tunduk kepada keinginan yang berdosa dan mengingkari Yehuwa.
Kedua, Yehuwa ialah “Tuhan yang setia.” Cara Tuhan memperlakukan umat-Nya menunjukkan bahawa Dia sentiasa menunjukkan kasih setia kepada “orang yang mengasihi Dia, dan yang taat kepada hukum-Nya.” (Ul. 7:9) Catatan Bible juga menunjukkan bahawa Tuhan sentiasa menepati janji-Nya. (Yos. 23:14) Memandangkan Yehuwa ialah Tuhan yang begitu setia, orang yang mengasihi-Nya dan mentaati-Nya dapat yakin bahawa Dia pasti menepati dua janji berikut: (1) Dia tidak akan membiarkan cubaan bertambah berat sehingga menjadi mustahil untuk menanggungnya, dan (2) “Dia akan memberikan jalan keluar.”
Bagaimanakah Yehuwa memberikan jalan keluar kepada mereka yang bergantung pada-Nya? Dia memang dapat menghilangkan suatu cubaan, jika hal itu selaras dengan kehendak-Nya. Tetapi ingatlah kata-kata Paulus, “[Yehuwa] akan memberikan jalan keluar supaya kamu dapat menanggungnya dengan tabah.” Maka, dalam kebanyakan situasi, Tuhan akan membantu kita supaya kita dapat menghadapi cubaan dengan tabah. Marilah kita melihat beberapa cara Dia “memberikan jalan keluar”:
-
Dia “melegakan hati kita dalam apa jua situasi.” (2 Kor. 1:3, 4) Yehuwa menenangkan minda, hati, dan emosi kita melalui Alkitab, daya aktif-Nya, dan makanan rohani daripada hamba yang setia.
—Mat. 24:45; Yoh. 14:16, nota kaki; Rm. 15:4. -
Dia menggunakan daya aktif untuk membimbing kita. (Yoh. 14:26) Semasa menghadapi cubaan, daya aktif Tuhan akan membantu kita mengingat kisah-kisah dan prinsip Bible supaya kita dapat mengambil langkah yang bijak.
-
Dia mengutus malaikat-Nya untuk menolong kita.
—Ibr. 1:14. -
Dia membantu kita melalui rakan seiman. Kata-kata dan perbuatan mereka dapat menjadi “sumber kelegaan hati” bagi kita.
—Kol. 4:11.
Sebagai kesimpulan, apakah maksud kata-kata Paulus di 1 Korintus 10:13? Yehuwa tidak memilih atau menentukan cubaan yang akan kita hadapi. Namun, semasa menempuh liku-liku kehidupan, ingatlah akan hal ini: Jika kita bergantung sepenuhnya pada Yehuwa, Dia tidak akan membiarkan situasi menjadi begitu buruk sehingga kita tidak mampu menanggungnya. Dia pasti memberikan jalan keluar supaya kita dapat menghadapi pelbagai cubaan dengan tabah. Tidakkah hal itu melegakan hati kita?
^ per. 2 Perkataan Yunani yang diterjemahkan sebagai “godaan” juga membawa maksud “cubaan.”