Lihatlah Perbezaannya
“Mereka akan melihat lagi perbezaan antara orang baik dengan orang jahat.”—MAL. 3:18.
1, 2. Apakah cabaran yang dihadapi umat Tuhan pada hari ini? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
BANYAK doktor dan jururawat terdedah kepada penyakit berjangkit. Meskipun mereka mengambil berat terhadap pesakit dan ingin memberikan bantuan, mereka perlu melindungi diri agar tidak dijangkiti penyakit yang sedang diubati mereka. Hari ini, ramai antara kita hidup dan bekerja bersama orang yang memiliki sikap dan sifat yang bercanggahan dengan kehendak Tuhan. Keadaan sebegini memang mencabar.
2 Piawaian moral dunia pada hari-hari terakhir sudah tunggang terbalik. Dalam suratnya yang kedua kepada Timotius, setelah Paulus menggambarkan sifat-sifat orang yang tidak mengasihi Tuhan, dia menyatakan bahawa gejala-gejala itu akan semakin teruk pada masa yang akan datang. (Baca 2 Timotius 3:1-5, 13.) Keadaan sedemikian mungkin mengejutkan, tetapi kita juga perlu berwaspada agar tidak terikut-ikut dengan perangai kebanyakan orang. (Ams. 13:20) Rencana ini akan membandingkan sifat kebanyakan orang pada hari-hari terakhir dengan sifat umat Tuhan. Kita juga akan belajar cara untuk mencegah diri daripada dijangkiti sikap buruk orang lain semasa membantu mereka secara rohani.
3. Kata-kata di 2 Timotius 3:2-5 menggambarkan siapa?
3 Selepas Paulus menulis bahawa “pada hari-hari terakhir, Roma 1:29-31, tetapi senarai dalam suratnya kepada Timotius mengandungi istilah yang tidak ditemui dalam buku-buku Kitab Yunani Kristian yang lain. Paulus memulakan senarainya dengan menulis “manusia akan . . .” Namun, bukan semua manusia akan menunjukkan sikap-sikap itu. Orang Kristian menunjukkan sikap yang jauh berbeza.—Baca Maleakhi 3:18.
akan tiba masa genting yang sukar dihadapi,” dia menyenaraikan 19 sikap negatif yang akan menjadi ciri orang pada zaman itu. Senarai Paulus itu agak mirip dengan apa yang ditulisnya diCARA KITA MEMANDANG DIRI SENDIRI
4. Bagaimanakah anda akan menggambarkan orang yang sombong?
4 Selepas menyatakan bahawa ramai orang akan mencintai diri dan wang, Paulus menulis bahawa mereka juga akan bercakap besar, angkuh, dan sombong. Orang yang bersikap sedemikian suka bermegah diri kerana kebolehan, paras rupa, kekayaan, atau kedudukan sendiri, dan mereka mendambakan sanjungan orang lain. Seorang sarjana menggambarkan orang yang sombong dengan kata-kata berikut: “Dalam hatinya, ada sebuah mazbah kecil, dan di situlah dia menyembah dirinya sendiri.” Ada juga yang mengatakan bahawa kesombongan ialah sifat yang begitu buruk sehingga orang yang angkuh berasa meluat semasa melihat keangkuhan orang lain.
5. Bagaimanakah sesetengah hamba Tuhan dikuasai kesombongan?
5 Yehuwa membenci “mata yang memandang orang dengan sombong.” (Ams. 6:16, 17) Dia tidak membiarkan orang yang angkuh menghadap-Nya. (Mzm. 10:4) Kesombongan ialah salah satu sifat utama Si Iblis. (1 Tim. 3:6) Sedihnya, sesetengah hamba Yehuwa yang setia telah dijangkiti sikap angkuh. Raja Uzia dari Yehuda setia kepada Tuhan selama bertahun-tahun, tetapi selepas kuasanya semakin besar, “dia menjadi angkuh. Keangkuhannya menyebabkan kejatuhannya. Dia bertindak tidak setia kepada Yehuwa, Tuhannya, dengan memasuki Rumah Yehuwa untuk membakar kemenyan di mazbah kemenyan.” Buat suatu ketika, Raja Hizkia juga dijangkiti kesombongan.—2 Taw. 26:16; 32:25, 26.
6. Apakah yang dapat menyebabkan Daud menjadi sombong, tetapi mengapakah dia tetap rendah hati?
6 Sesetengah orang menjadi sombong kerana mereka rupawan, popular, berbakat dalam muzik, berbadan tegap, atau dipandang tinggi. Daud memiliki semua ciri itu, tetapi dia tetap rendah hati sepanjang hayatnya. Selepas Daud membunuh Goliat dan diberitahu bahawa dia boleh mengahwini puteri Raja Saul, dia berkata, “Siapakah hamba ini dan siapakah keluarga bapa hamba di Israel, sehingga hamba layak menjadi menantu raja?” (1 Sam. 18:18) Apakah yang membantu Daud tetap rendah hati? Dia sedar bahawa dia memiliki semua kebolehan dan kelebihan itu kerana Tuhan telah “membongkokkan diri,” atau merendahkan diri, untuk membantunya. (Mzm. 113:5-8) Daud tahu bahawa segala berkat yang dimilikinya berasal daripada Yehuwa.—Bandingkan 1 Korintus 4:7.
7. Apakah yang dapat membantu kita bersikap rendah hati?
7 Seperti Daud, umat Yehuwa berusaha untuk bersikap rendah hati. Kita sangat kagum kerana Yehuwa, Tuhan Yang Maha Tinggi, bersikap rendah hati. (Mzm. 18:35) Oleh itu, kita ingin mendengar nasihat-Nya untuk “mengenakan belas kasihan, kebaikan hati, kerendahan hati, kelemahlembutan, dan kesabaran.” (Kol. 3:12) Orang yang pengasih juga “tidak bercakap besar, tidak menjadi angkuh.” (1 Kor. 13:4) Ingatlah, sebagaimana kelakuan isteri dapat mendorong suaminya yang tidak seiman untuk mematuhi Tuhan, kerendahan hati umat Yehuwa juga dapat mendorong orang lain untuk mengenali dan menyembah-Nya.—1 Ptr. 3:1.
CARA KITA MELAYAN ORANG LAIN
8. (a) Apakah pandangan sesetengah orang terhadap perbuatan mengingkari ibu bapa? (b) Apakah nasihat Bible kepada anak-anak?
8 Paulus menggambarkan cara orang akan melayan orang lain pada hari-hari terakhir. Dia menulis bahawa anak-anak akan tidak mematuhi ibu bapa. Hari ini, buku, wayang, dan rancangan TV, memaparkan kelakuan sebegini sebagai hal yang boleh diterima dan bahkan dipandang positif, tetapi sifat keingkaran sebenarnya menghakis kestabilan keluarga, iaitu unit masyarakat yang terpenting. Hakikat ini sudah diketahui sejak zaman kuno. Contohnya, dalam masyarakat Yunani, seseorang yang memukul ibu bapanya akan kehilangan haknya sebagai warganegara. Menurut undang-undang Roma, kesalahan memukul bapa sama beratnya dengan kesalahan membunuh. Dalam Kitab Ibrani dan Yunani, anak-anak digesa agar menghormati ibu bapa.—Kel. 20:12; Ef. 6:1-3.
9. Apakah yang dapat membantu anak muda mentaati ibu bapa?
9 Untuk melindungi diri daripada dijangkiti sikap ingkar, anak-anak perlu merenungkan jasa ibu bapa kerana hal itu akan melahirkan rasa penghargaan. Mereka juga perlu ingat bahawa Tuhan, Bapa semua manusia, menghendaki anak-anak mentaati ibu bapa. Apabila anak-anak muda bercakap baik tentang ibu bapa sendiri, mereka dapat membantu orang muda lain untuk memiliki pandangan yang sama terhadap ibu bapa mereka. Sudah pasti, jika ibu bapa tidak memiliki kasih sayang, anak-anak akan berasa susah untuk bersikap taat. Sebaliknya, anak yang merasai kasih sayang ibu bapa akan terdorong untuk menggembirakan hati mereka meskipun dia digoda untuk ingkar. Austin berkata, “Sering kali, saya ingin melanggar peraturan mak dan ayah. Tetapi mereka memberikan bimbingan yang munasabah, menjelaskan sebab di sebalik peraturan, dan menggalakkan saya untuk berkomunikasi, dan hal itu bantu saya jadi taat. Saya dapat rasa keprihatinan mereka, dan itulah yang mendorong saya untuk membuat mereka gembira.”
10, 11. (a) Apakah sifat-sifat buruk yang menunjukkan bahawa orang tidak mengasihi satu sama lain? (b) Sedalam manakah kasih orang Kristian sejati terhadap orang lain?
10 Paulus menyebut sifat-sifat buruk lain yang terhasil kerana kurangnya kasih. Selepas menyebut tentang sikap “tidak mematuhi ibu bapa,” dia menyebut satu sifat yang berkaitan, iaitu tidak tahu berterima kasih, atau tidak menghargai kebaikan hati orang lain. Kemudian dia menyebut tentang orang yang tidak setia dan orang yang tidak mahu dibawa berbincang, iaitu orang yang enggan berdamai dengan orang lain. Selain itu, orang akan menghina Tuhan dan suka berkhianat. Mereka juga suka memfitnah, iaitu menyebarkan cerita palsu untuk merosakkan nama baik orang lain. *
11 Umat Yehuwa pula sangat berbeza kerana mereka menunjukkan kasih yang ikhlas terhadap orang lain. Hal itu memang benar sejak dahulu lagi. Yesus menyatakan bahawa mengasihi orang lain, iaitu salah satu ciri kasih a·gaʹpe, ialah perintah yang kedua terpenting dalam Hukum Musa selepas perintah untuk mengasihi Tuhan. (Mat. ) Yesus juga menyatakan bahawa kasih akan menjadi tanda orang Kristian sejati. (Baca 22:37-39Yohanes 13:34, 35.) Orang Kristian akan menunjukkan kasih sebegini bahkan kepada musuh mereka.—Mat. 5:43, 44.
12. Bagaimanakah Yesus menunjukkan kasih terhadap orang lain?
12 Yesus sangat mengasihi orang lain. Dia pergi dari kota ke kota untuk menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan. Dia menyembuhkan pesakit kusta, orang yang buta, tempang, dan pekak, dan dia juga membangkitkan orang mati. (Luk. 7:22) Meskipun banyak orang membencinya, Yesus rela mengorbankan nyawanya demi manusia. Ya, Yesus telah mencerminkan kasih Bapanya dengan sempurna. Saksi-Saksi Yehuwa di serata dunia berusaha meniru kasih Tuhan dan menunjukkannya kepada orang lain.
13. Bagaimanakah kasih kita terhadap orang lain dapat membantu mereka menghampiri Yehuwa?
13 Kasih kita terhadap orang lain akan membantu orang menghampiri Bapa kita yang di syurga. Seorang lelaki di Thailand terharu semasa melihat kasih antara saudara saudari di konvensyen serantau. Selepas pulang, dia mula belajar Bible dua kali seminggu, dan menginjil kepada semua saudara-maranya. Enam bulan selepas konvensyen itu, dia melakukan tugasan pembacaan Bible buat kali pertama di Dewan Perjumpaan. Adakah kita juga menunjukkan kasih dengan sebaik-baiknya kepada orang lain? Tanyalah diri, “Adakah saya berusaha untuk membantu ahli keluarga, ahli sidang, dan orang di kawasan penyebaran? Adakah saya memandang orang sepertimana Yehuwa memandang mereka?”
SERIGALA DAN ANAK BEBIRI
14, 15. Apakah sifat buruk yang ditunjukkan banyak orang? Bagaimanakah mereka menjadi orang yang lebih baik?
14 Orang pada hari-hari terakhir juga tidak mencintai kebaikan. Dalam sesetengah terjemahan, ungkapan itu berbunyi “membenci kebaikan” atau “memusuhi segala kebaikan.” Mereka juga tidak tahu mengawal diri dan garang. Ada pula yang keras kepala, atau bertindak dengan melulu. Sudah tentu
orang Kristian tidak ingin bergaul rapat dengan orang sedemikian.15 Ramai orang yang dahulunya berperangai seperti binatang buas telah berubah dan menunjukkan sifat yang terpuji. Perubahan sedemikian telah dinubuatkan dalam Bible. (Baca Yesaya 11:6, 7.) Ayat itu menggambarkan bagaimana binatang liar seperti serigala dan singa akan hidup damai dengan anak bebiri dan anak lembu. Mengapakah hal itu dapat terjadi? “Kerana pengetahuan tentang Yehuwa akan memenuhi bumi.” (Yes. 11:9) Memandangkan binatang tidak dapat belajar tentang Yehuwa, erti simbolik nubuat ini menggambarkan perubahan dalam hati manusia.
16. Bagaimanakah Bible membantu orang untuk mengubah keperibadian mereka?
16 Ramai saudara saudari kita dahulunya garang seperti serigala tetapi kini suka akan kedamaian. Anda dapat membaca tentang pengalaman mereka dalam siri rencana “Bible Mengubah Hidup” di jw.org. Mereka bukannya seperti orang yang nampaknya beribadat kepada Tuhan, tetapi tidak hidup sesuai dengan ibadat mereka. Sebaliknya mereka telah “mengenakan keperibadian baharu yang diciptakan menurut kehendak Tuhan, dan yang selaras dengan apa yang benar dan setia.” (Ef. 4:23, 24) Semasa orang belajar tentang Tuhan, mereka sedar bahawa mereka perlu hidup mengikut piawaian-Nya, dan hal itu mendorong mereka untuk mengubah kepercayaan, sikap, dan kelakuan sendiri. Perubahan sebegitu tidak mudah tetapi tidak mustahil kerana kuasa suci Tuhan akan membantu orang yang benar-benar ingin melakukan kehendak-Nya.
“JAUHKANLAH DIRIMU DARIPADA MEREKA”
17. Apakah yang dapat dilakukan supaya kita tidak terpengaruh dengan sikap buruk dunia?
17 Perbezaan antara orang yang menyembah Tuhan dengan orang yang tidak, kini semakin ketara. Sebagai penyembah Tuhan, kita mesti berwaspada agar tidak dipengaruhi oleh sikap buruk dunia. Maka, kita menjauhkan diri daripada orang yang digambarkan di 2 Timotius 3:2-5. Kita memang tidak dapat mengasingkan diri daripada mereka dengan sepenuhnya, kerana kita mungkin merupakan rakan sekolah, rakan kerja, atau jiran mereka. Tetapi kita dapat mencegah pemikiran dan perangai mereka daripada meresap ke dalam diri kita. Bagaimana? Kita perlu menguatkan kerohanian kita dengan mengkaji Bible dan bergaul rapat bersama orang yang bertekad untuk menyembah Yehuwa.
18. Bagaimanakah tutur kata dan kelakuan kita dapat mendorong orang untuk mengenali Yehuwa?
18 Kita juga patut berusaha membantu orang secara rohani. Carilah peluang untuk memberikan kesaksian, dan mintalah bantuan Yehuwa supaya anda dapat mengucapkan kata-kata yang sesuai pada masa yang tepat. Biarlah orang lain tahu bahawa kita ialah Saksi-Saksi Yehuwa. Dengan itu, kelakuan baik kita akan memuliakan Tuhan dan bukannya diri kita. Tuhan sudah melatih kita ‘untuk menolak keinginan duniawi dan segala sesuatu yang bertentangan dengan kehendak-Nya, untuk menunjukkan fikiran yang sihat, melakukan apa yang benar, dan mengabdikan diri kepada-Nya, sementara kita hidup dalam sistem dunia ini.’ (Tit. 2:11-14) Maka, kelakuan kita yang selaras dengan kehendak Tuhan akan diperhatikan orang lain, dan bahkan mungkin menggerakkan mereka untuk berkata, “Kami hendak pergi bersama-samamu, kerana kami sudah mendengar bahawa Tuhan menyertai kamu.”—Za. 8:23.
^ per. 10 Perkataan Yunani untuk “pemfitnah” atau “penuduh” ialah di·aʹbo·los. Bible menggunakan gelaran itu untuk Syaitan, makhluk jahat yang memfitnah Tuhan.