Ahli Badan Pimpinan yang Baharu
PADA pagi Rabu, 24 Januari 2018, keluarga Bethel di Amerika Syarikat dan Kanada telah mendengar satu pengumuman istimewa: Saudara Kenneth Cook, Jr., telah dilantik sebagai ahli Badan Pimpinan Saksi-Saksi Yehuwa.
Saudara Cook lahir dan dibesarkan di Pennsylvania, A.S. Dia belajar tentang kebenaran daripada rakan sekolahnya tidak lama sebelum tamat sekolah menengah. Dia dibaptis pada 7 Jun 1980 dan mula merintis pada 1 September 1982. Dua tahun kemudian, dia dijemput ke Bethel dan mula berkhidmat di Wallkill, New York, pada 12 Oktober 1984.
Selama 25 tahun berikutnya, Saudara Cook melakukan pelbagai tugas di tempat percetakan dan Bahagian Pengurusan Keluarga Bethel. Dia berkahwin pada tahun 1996, dan isterinya Jamie telah berkhidmat bersamanya dalam Bethel di Wallkill. Pada Disember 2009, Saudara dan Saudari Cook ditugaskan ke Pusat Pendidikan Watchtower di Paterson, New York. Di situ, Saudara Cook berkhidmat dalam Bahagian Surat-Menyurat. Pada April 2016, selepas kembali ke Wallkill untuk seketika, Saudara dan Saudari Cook ditugaskan ke Brooklyn, New York. Lima bulan kemudian, mereka berpindah ke ibu pejabat sedunia di Warwick, New York. Pada Januari 2017, Saudara Cook dilantik sebagai pembantu kepada Jawatankuasa Penulisan Badan Pimpinan.