Jangan Biar Kasih Anda Mendingin
“Oleh sebab kejahatan semakin bertambah, kasih kebanyakan orang akan mendingin.”—MAT. 24:12.
1, 2. (a) Pada abad pertama, kata-kata Yesus di Matius 24:12 merujuk kepada siapa? (b) Bagaimanakah buku Kisah menunjukkan bahawa kebanyakan orang Kristian abad pertama tetap memperlihatkan kasih? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
YESUS menyatakan bahawa salah satu aspek daripada tanda “penghujung sistem ini” ialah “kasih kebanyakan orang akan mendingin.” (Mat. 24:3, 12) Orang Yahudi mengaku diri sebagai umat Tuhan, tetapi pada abad pertama, kasih mereka untuk-Nya telah mendingin.
2 Orang Kristian pada masa itu pula sibuk “mengumumkan berita baik tentang Yesus” dan menunjukkan kasih untuk Tuhan, rakan seiman, dan orang lain. (Kis. 2:44-47; 5:42) Namun, sesetengah pengikut Kristus pada abad pertama membiarkan kasih mereka mendingin.
3. Apakah yang mungkin telah menyebabkan kasih sesetengah orang Kristian mendingin?
3 Setelah kembali ke syurga, Yesus memberitahu orang Kristian di Efesus, “Aku ingin menegur kamu kerana kasih yang Why. 2:4) Apakah yang sudah terjadi? Efesus ialah kota besar yang sangat makmur. Penduduknya amat mementingkan kemewahan, keseronokan, dan keselesaan. Mereka terjebak dalam maksiat, dan melakukan perbuatan tidak bermoral yang menjijikkan tanpa rasa malu. Persekitaran sedemikian mungkin telah mempengaruhi orang Kristian di sana.—Ef. 2:2, 3.
kamu miliki pada mulanya sudah hilang.” (4. (a) Hari ini, bagaimanakah kasih kebanyakan orang menjadi dingin? (b) Apakah yang akan kita bincangkan?
4 Nubuat Yesus tentang kasih yang mendingin masih terjadi pada zaman kita. Jutaan orang berpaling daripada Tuhan dan mengharapkan pertubuhan manusia untuk menyelesaikan masalah dunia. Sesungguhnya, kasih kebanyakan orang yang tidak menyembah Yehuwa akan semakin pudar. Namun gejala itu dapat mempengaruhi orang Kristian sejati, seperti yang berlaku kepada sidang di Efesus. Maka, marilah kita bincangkan bagaimana kita dapat menguatkan kasih kita untuk (1) Yehuwa, (2) kebenaran Bible, dan (3) saudara saudari kita.
KASIH UNTUK YEHUWA
5. Mengapakah kita harus mengasihi Tuhan?
5 Tidak lama sebelum Yesus menubuatkan bahawa kasih kebanyakan orang akan mendingin, dia menegaskan siapa yang harus kita kasihi. Dia berkata, “‘Kamu mesti mengasihi Yehuwa, Tuhanmu, dengan segenap hati, dengan segenap jiwa, dan dengan segenap akal.’ Inilah hukum pertama dan hukum yang terpenting.” (Mat. 22:37, 38) Kasih yang mendalam untuk Tuhan dapat membantu kita mentaati perintah-Nya, bertabah, dan membenci kejahatan. (Baca Mazmur 97:10.) Tetapi Syaitan dan dunianya ingin membuat kita kehilangan kasih itu.
6. Apabila seseorang kehilangan kasih untuk Tuhan, apakah yang akan terjadi?
6 Pandangan dunia terhadap kasih sudah diputarbalikkan. Kini orang tidak lagi mengasihi Pencipta tetapi “mencintai diri sendiri.” (2 Tim. 3:2) Dunia Syaitan membangkitkan “keinginan tubuh yang berdosa, keinginan mata, dan sikap suka mempamerkan harta milik sendiri.” (1 Yoh. 2:16) Oleh itu, Rasul Paulus menasihati orang Kristian agar tidak ‘menumpukan fikiran pada keinginan yang berdosa, kerana hal itu membawa kematian’ dan membuat orang “menjadi musuh Tuhan.” (Rm. 8:6, 7) Sebenarnya, ramai yang menghabiskan seumur hidup mereka untuk mengejar kebendaan atau memuaskan nafsu seks akhirnya berasa hampa dan kecewa.—1 Kor. 6:18; 1 Tim. 6:9, 10.
7. Pengikut Kristus hari ini harus berwaspada terhadap pandangan apa?
7 Di sesetengah negara, orang yang tidak mempercayai Tuhan atau menyokong teori evolusi mengutarakan pendirian mereka dengan lantang. Akibatnya, orang lain bukan sahaja tidak lagi mengasihi Tuhan malah mempersoalkan kewujudan-Nya. Bagi mereka, hanya orang bodoh akan mempercayai kewujudan Pencipta. Pada masa yang sama, para saintis disanjung tinggi sehingga Tuhan diketepikan. (Rm. 1:25) Jika kita dipengaruhi pandangan sebegini, kita akan beransur-ansur menjauhi Yehuwa, dan kasih kita akan mendingin.—Ibr. 3:12.
8. (a) Apakah masalah yang dihadapi oleh ramai daripada umat Yehuwa? (b) Bagaimanakah Mazmur 136 meyakinkan kita?
8 Dalam dunia Syaitan, kita tidak dapat mengelakkan situasi yang mengecewakan. 1 Yoh. 5:19) Contohnya, kita mungkin menghadapi masalah usia tua, kesihatan, atau kewangan. Ada juga yang perlu bergelut dengan rasa kurang yakin, harapan yang tidak tercapai, atau kegagalan diri. Namun, jika kita membiarkan masalah sebegini membuat kita tawar hati, iman kita akan menjadi lemah dan kasih kita akan mendingin. Maka, jangan sekali-kali fikir bahawa Yehuwa sudah meninggalkan kita. Sebaliknya, kita patut merenungkan kata-kata tentang kasih setia Yehuwa untuk kita, seperti di Mazmur 136:23, “Dia tidak melupakan kita apabila kita dikalahkan; kasih-Nya kekal abadi.” Memandangkan kasih setia Yehuwa tidak berubah, Dia pasti akan ‘mendengar permintaan’ kita dan menghulurkan bantuan.—Mzm. 116:1; 136:24-26.
(9. Bagaimanakah Paulus dapat tetap mengasihi Tuhan semasa menanggung cubaan?
9 Paulus dikuatkan apabila dia merenungkan bagaimana Yehuwa sentiasa membantunya. Dia menulis, “Yehuwalah penolongku; aku tidak akan berasa takut. Apakah yang dapat dilakukan manusia terhadapku?” (Ibr. 13:6) Oleh sebab Paulus yakin sepenuhnya bahawa Yehuwa mengasihinya dan akan menjaganya, dia dapat mengharungi masalah dalam hidup dan tidak menyerah semasa ditimpa kesusahan. Sewaktu dia di penjara, dia masih dapat menulis surat untuk menggalakkan orang lain. (Ef. 4:1; Flp. 1:7; Flm. 1) Biarpun menanggung cubaan yang berat, Paulus tetap mengasihi Tuhan kerana dia bergantung pada ‘Tuhan yang melegakan hati kita semasa kita mengalami segala macam cubaan.’ (2 Kor. 1:3, 4) Bagaimanakah kita dapat meniru contoh Paulus dan tetap mengasihi Tuhan?
10. Bagaimanakah kita dapat memelihara kasih kita untuk Yehuwa?
10 Paulus telah menjelaskan satu cara penting untuk memelihara kasih kita untuk Yehuwa. Dia menulis, “Berdoalah sentiasa.” (1 Tes. 5:17; Rm. 12:12) Dengan berdoa, kita dapat berkomunikasi dengan Yehuwa, dan itulah asas untuk menjalin hubungan yang akrab dengan-Nya. (Mzm. 86:3) Jika kita meluangkan masa yang secukupnya untuk mencurahkan isi hati kita kepada Yehuwa, kita akan lebih menghampiri Pendengar doa kita. Apabila Dia “mengabulkan doa” kita, kasih kita kepada-Nya akan bertambah kerana kita diyakinkan bahawa ‘Yehuwa dekat dengan orang yang berseru kepada-Nya.’ (Mzm. 65:3; 145:18) Keyakinan sedemikian akan membantu kita menghadapi apa-apa situasi yang menguji iman kita.
KASIH UNTUK KEBENARAN BIBLE
11, 12. Bagaimanakah kita dapat memperdalam kasih kita untuk kebenaran Bible?
11 Sebagai orang Kristian, kita menghargai dan mengasihi kebenaran Bible. Firman Tuhan ialah satu-satunya sumber kebenaran. Yesus berkata kepada Bapanya, “Firman-Mu ialah kebenaran.” (Yoh. 17:17) Untuk mengasihi kebenaran, kita mesti menimba pengetahuan yang tepat daripada Bible dahulu. (Kol. 1:10) Tetapi sekadar berpengetahuan tidak cukup. Penulis Mazmur 119 menjelaskan apa yang juga perlu dilakukan. (Baca Mazmur 119:97-100.) Adakah kita meluangkan masa untuk merenungkan ayat-ayat Bible setiap hari? Jika kita merenungkan manfaat yang kita raih kerana menerapkan prinsip Bible, usaha itu akan memperdalam penghargaan kita untuk kebenaran Bible.
12 Pemazmur menyambung, “Betapa Mzm. 119:103) Ya, makanan rohani yang disediakan oleh organisasi Tuhan bagaikan hidangan yang lazat. Adakah kita meluangkan masa untuk menikmatinya supaya kita dapat menggunakan “perkataan yang menyenangkan” daripada Firman Tuhan untuk membantu orang lain?—Pkh. 12:10.
manisnya peraturan-Mu; lebih manis daripada madu!” (13. Apakah yang membantu Yeremia untuk mengasihi Firman Tuhan? Apakah hasilnya?
13 Nabi Yeremia mengasihi kebenaran dalam Firman Tuhan. Dia berkata, ‘Engkau berfirman kepadaku, dan aku mendengarkan setiap firman-Mu. Aku milik-Mu, ya Yehuwa, Tuhan Yang Maha Kuasa; oleh itu firman-Mu memberikan kesukaan dan kebahagiaan kepadaku.’ (Yer. 15:16) Oleh sebab Yeremia merenungkan firman Tuhan, dia lebih menghargai penghormatan untuk menjadi milik Tuhan dan menyandang nama-Nya. Jika kita mengasihi kebenaran Bible, kita akan menghargai penghormatan untuk menjadi Saksi Yehuwa dan menyebarkan berita Kerajaan Tuhan pada hari-hari terakhir.
14. Bagaimanakah kita dapat lebih mengasihi kebenaran Bible?
14 Selain membaca Bible dan bahan bacaan Bible, apakah yang dapat memperdalam kasih kita untuk kebenaran Bible? Kita mesti menghadiri perjumpaan dengan tetap. Pembelajaran majalah Menara Pengawal merupakan cara utama kita mengkaji Bible dan diajar oleh Yehuwa. Untuk mendapat manfaat sepenuhnya, kita harus membuat persiapan yang rapi, misalnya dengan membaca semua ayat rujukan Bible. Kini, majalah Menara Pengawal terdapat dalam banyak bahasa di laman jw.org atau aplikasi JW Library. Kita dapat melihat ayat-ayat Bible dengan cepat semasa menggunakan bahan bacaan elektronik, tetapi kita masih perlu membaca ayat-ayat itu dengan teliti dan merenungkannya. Dengan itu, kita akan lebih mengasihi kebenaran Bible.—Baca Mazmur 1:2.
KASIH UNTUK SAUDARA SAUDARI
15, 16. (a) Menurut Yohanes 13:34, 35, apakah yang mesti kita lakukan? (b) Bagaimanakah kasih untuk saudara saudari berkaitan dengan kasih untuk Yehuwa dan untuk kebenaran Bible?
15 Pada malam sebelum dia dibunuh, Yesus berkata kepada pengikutnya, “Aku memberi kamu satu perintah baru: Kamu harus saling mengasihi. Sebagaimana aku sudah mengasihi kamu, kamu juga harus saling mengasihi. Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamulah murid-muridku.”—Yoh. 13:34, 35.
16 Kasih untuk saudara saudari berkait rapat dengan kasih untuk Yehuwa. Jika kita mengasihi Yehuwa, kita juga akan mengasihi saudara saudari. Rasul Yohanes menulis bahawa jika seseorang “tidak mengasihi saudaranya yang dapat dilihatnya, dia tidak dapat mengasihi Tuhan yang tidak pernah dilihatnya.” (1 Yoh. 4:20) Kasih kita untuk Yehuwa dan saudara saudari juga berkaitan dengan kasih kita untuk Bible. Mengapa? Kerana apabila kita mengasihi kebenaran Bible, hati kita akan terdorong untuk mengasihi Yehuwa dan saudara saudari, seperti yang diperintahkan dalam Bible.—1 Ptr. 1:22; 1 Yoh. 4:21.
17. Apakah sesetengah cara kita dapat menunjukkan kasih dalam sidang?
17 Baca 1 Tesalonika 4:9, 10. Apakah sesetengah cara kita dapat menunjukkan kasih dalam sidang? Jika saudara saudari yang lanjut usia memerlukan pengangkutan ke perjumpaan, dapatkah kita bantu? Jika seorang balu memerlukan bantuan untuk membaiki sesuatu di rumahnya, dapatkah kita menawarkan diri? (Yak. 1:27) Jika saudara saudari kita berasa tawar hati, tertekan, atau menghadapi cubaan lain, dapatkah kita mengambil berat terhadap mereka, menggalakkan mereka, atau melegakan hati mereka? (Ams. 12:25; Kol. 4:11) Semoga kita membuktikan kasih kita untuk “saudara saudari kita yang seiman” melalui kata-kata dan perbuatan.—Gal. 6:10.
18. Apakah yang akan mendorong kita untuk menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku dalam sidang?
18 Bible menubuatkan bahawa pada “hari-hari terakhir” dunia jahat ini, banyak orang akan tamak dan mementingkan diri. (2 Tim. 3:1, 2) Jadi, kita semua mesti berusaha menguatkan kasih kita untuk Yehuwa, kebenaran Bible, dan saudara saudari kita. Ada kalanya, perselisihan faham akan berlaku dalam kalangan saudara saudari, tetapi kasih akan mendorong kita untuk menyelesaikannya dan berdamai semula secepat mungkin. (Ef. 4:32; Kol. 3:14) Maka, jangan sekali-kali membiarkan kasih kita mendingin! Sebaliknya, marilah kita terus memupuk kasih yang mendalam untuk Yehuwa, Firman-Nya, dan saudara saudari kita!