Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Apa Sudah Jadi dengan Sikap Hormat terhadap Keluarga?

Apa Sudah Jadi dengan Sikap Hormat terhadap Keluarga?

MENGAPA PENTING UNTUK MENGHORMATI KELUARGA

Apabila semua ahli keluarga saling menghormati, suasana keluarga akan damai. Suami, isteri, dan anak, akan berasa selamat.

  • Buku The Seven Principles for Making Marriage Work menyatakan bahawa apabila suami isteri saling menghormati, mereka akan menunjukkan kasih sayang terhadap satu sama lain, “bukan sahaja dalam hal yang besar, tetapi juga dalam hal yang kecil setiap hari.”

  • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang belajar untuk menghormati orang lain akan mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi, menikmati hubungan yang lebih baik dengan ibu bapa, dan kurang mengalami masalah psikologi.

APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN

Bincanglah bersama keluarga anda. Pertama, pastikan semua orang dalam keluarga faham apa maksudnya menunjukkan hormat. Kedua, tuliskan apa yang patut dilakukan atau dielakkan untuk menunjukkan hormat. Ketiga, bincangkan rancangan itu bersama-sama supaya semua orang dalam keluarga anda tahu bagaimana mereka dapat menunjukkan hormat.

“Rancangan yang dibuat dengan teliti pasti membawa kejayaan.”​—Amsal 21:5.

Tetapkan teladan. Tanyalah diri, “Adakah saya mengkritik ahli keluarga saya semasa mereka buat silap? Adakah saya mengejek mereka kerana tidak setuju dengan pendapat mereka? Adakah saya tidak ambil peduli atau mencelah semasa mereka bercakap dengan saya?”

Tip: Tunjukkan hormat kepada pasangan dan anak-anak anda, tidak kira sama ada anda fikir mereka layak dihormati atau tidak.

“Hendaklah kamu saling mendahului untuk memberikan hormat.”​—Roma 12:10.

Bersikap hormat bahkan semasa tidak bersependapat. Semasa meluahkan pendapat, elakkan kata-kata seperti “kamu selalu” atau “kamu tidak pernah.” Kata-kata pedas seperti ini amat menyakitkan dan boleh menyebabkan masalah yang kecil menjadi besar.

“Jawapan yang lemah lembut meredakan kemarahan, tetapi kata-kata yang pedas membangkitkan kemurkaan.”​—Amsal 15:1.

APA YANG SEDANG KAMI LAKUKAN

Saksi-Saksi Yehuwa menggalakkan ahli keluarga untuk melayan satu sama lain dengan hormat, dan hal ini sering dibincangkan dalam rencana, buku, brosur, dan video yang diterbitkan. Semua bahan ini diberikan tanpa mengenakan bayaran.

BAGI SUAMI ISTERI: Siri rencana Bantuan untuk Keluarga dapat membantu suami dan isteri . . .

  • menjadi pendengar yang baik

  • tidak merajuk sehingga enggan bercakap kepada satu sama lain

  • berhenti bertengkar

(Cari “Bantuan untuk Keluarga” di jw.org)

BAGI IBU BAPA: Siri rencana Bantuan untuk Keluarga dapat membantu ibu bapa melatih anak untuk . . .

  • mendengar cakap ibu bapa

  • membantu membuat kerja di rumah

  • bercakap dengan sopan

(Cari “Membesarkan Anak” dan “Membesarkan Remaja” di jw.org)

Lihat juga majalah Sedarlah! No. 2, 2019, yang bertajuk Enam Pelajaran Penting bagi Kanak-Kanak, dan majalah Sedarlah! No. 2, 2018, yang bertajuk 12 Rahsia Keluarga yang Bahagia, muka surat 8-11. (Cari majalah-majalah ini di jw.org)

BAGI KAUM MUDA: Bahagian Remaja dan Orang Muda di jw.org mempunyai rencana, video, dan lembaran kerja yang dapat membantu orang muda untuk . . .

  • mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa dan adik-beradik mereka

  • bercakap secara hormat kepada ibu bapa tentang peraturan di rumah

  • mendapatkan kepercayaan ibu bapa

(Cari “Remaja dan Orang Muda” di jw.org)

Layari laman web jw.org secara percuma. Anda tidak perlu membayar apa-apa, membuat langganan, mendaftar sebagai ahli, atau memberikan maklumat peribadi untuk melayari laman web ini.