Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Anggota Baru Badan Pimpinan

Anggota Baru Badan Pimpinan

Pada pagi Rabu, 5 September 2012, satu pengumuman telah dibuat kepada keluarga Bethel di Amerika Syarikat dan Kanada. Mark Sanderson mula berkhidmat sebagai salah seorang anggota Badan Pimpinan pada 1 September 2012.

Saudara Sanderson dibesarkan dalam kebenaran di San Diego, Califonia, A.S., dan dibaptis pada 9 Februari 1975. Dia mula berkhidmat sebagai perintis di Saskatchewan, Kanada pada 1 September 1983. Pada Disember 1990, dia ialah lepasan kelas ketujuh Sekolah Latihan Pengorganisasian (sekarang panggil Sekolah Bible untuk Saudara Bujang) di Amerika Syarikat. Saudara Sanderson telah dilantik sebagai perintis khas di pulau Newfoundland, Kanada pada April 1991. Selepas berkhidmat sebagai pengganti penyelia litar, dia dijemput untuk menganggotai keluarga Bethel Kanada pada Februari 1997. Pada November 2000, dia dipindahkan ke Bahagian Khidmat Maklumat Hospital di pejabat cawangan Amerika Syarikat. Kemudian dia berkhidmat di Bahagian Kerja Penyebaran.

Pada September 2008, Saudara Sanderson menghadiri Sekolah untuk Ahli Jawatankuasa Cawangan. Kemudian dia dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Cawangan Filipina. Pada September 2012, dia dijemput untuk kembali ke Amerika Syarikat untuk berkhidmat sebagai pembantu dalam Jawatankuasa Penyebaran bagi Badan Pimpinan.