‘Perayaan untuk Mengingatkan Kamu’
‘Kamu mesti merayakan hari itu sebagai perayaan bagi Yehuwa, untuk mengingatkan kamu.’—KEL. 12:14.
1, 2. Apakah perayaan ulang tahun yang penting bagi orang Kristian hari ini, dan mengapa?
APABILA mendengar perkataan “ulang tahun,” apakah yang terlintas dalam fikiran anda? Orang yang sudah berkahwin mungkin terfikir tentang ulang tahun perkahwinan mereka. Yang lain pula mungkin teringat tentang ulang tahun yang bersejarah seperti hari kemerdekaan tanah air mereka. Namun, tahukah anda terdapat satu ulang tahun yang diraikan sejak lebih daripada 3,500 tahun dahulu?
2 Ulangan tahun ini ialah perayaan Paska. Hari itu menandakan masa umat Israel dibebaskan dari Mesir. Hal ini memang penting bagi anda. Mengapa? Kerana hari tersebut akan memberikan kesan yang mendalam kepada kehidupan anda. Namun anda mungkin berfikir, “Saya bukan seorang Yahudi yang merayakan hari Paska. Mengapakah hal itu penting bagi saya?” Jawapannya terdapat dalam Bible, “Kristus, domba Paska kita sudah dikorbankan.” (1 Kor. 5:7) Ya, kita harus memahami perayaan Paska orang Yahudi dan kaitannya dengan kehidupan semua orang Kristian hari ini.
PERAYAAN PASKA—MENGAPA?
3, 4. Apakah yang berlaku sebelum perayaan Paska yang pertama?
3 Jutaan orang bukan Yahudi di serata dunia tahu serba sedikit tentang perayaan Paska yang pertama. Mereka mungkin pernah membacanya dari buku Keluaran dalam Bible, mendengar cerita tentangnya, atau menonton wayang mengenai perayaan itu.
4 Orang Israel telah menjadi hamba di Mesir selama bertahun-tahun. Yehuwa kemudiannya mengutus Musa dan Harun untuk menghadap Firaun Mesir dan memohon supaya umat-Nya dibebaskan. Tetapi Firaun yang angkuh itu enggan mendengar mereka. Oleh itu, Yehuwa mendatangkan sepuluh tulah ke atas orang Mesir. Pada tulah kesepuluh, semua anak Kel. 1:11; 3:9, 10; 5:1, 2; 11:1, 5.
sulung orang Mesir mati. Akhirnya, Firaun akur dan membebaskan orang Israel.—5. Apakah yang harus dilakukan orang Israel sebelum mereka dibebaskan? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
5 Tetapi sebelum orang Israel dibebaskan mereka harus melakukan sesuatu. Masa itu ialah musim bunga tahun 1513 SM, pada bulan Abib, yang kemudiannya dikenali sebagai Nisan. * Pada hari kesepuluh bulan itu, Tuhan meminta orang Israel untuk membuat persiapan bagi perayaan yang akan berlangsung pada waktu matahari terbenam pada hari yang ke-14. Mengapakah pada waktu matahari terbenam? Menurut kalendar orang Ibrani, hari baru bermula selepas matahari terbenam, dan berakhir pada matahari terbenam yang seterusnya. Pada 14 Nisan, setiap keluarga perlu mengorbankan seekor domba atau kambing dan menyapukan darah binatang itu pada tiang pintu dan ambang pintu rumah. (Kel. 12:3-7, 22, 23) Kemudian, keluarga itu harus memakan daging binatang yang dipanggang itu bersama roti tidak beragi serta sayuran. Malaikat Tuhan akan menjelajah tanah Mesir dan membunuh semua anak sulung. Tetapi orang Israel yang taat kepada Tuhan tidak akan dibunuh. Mereka akan dibebaskan.—Kel. 12:8-13, 29-32.
6. Mengapakah orang Israel merayakan Paska setiap tahun?
6 Orang Israel perlu mengingati hari kebebasan mereka dari Mesir. Tuhan berfirman, ‘Kamu mesti merayakan hari itu sebagai perayaan bagi Yehuwa, untuk mengingatkan kamu tentang apa yang telah Aku lakukan. Rayakanlah hari itu setiap tahun, selama-lamanya.’ Perayaan pada hari ke-14 ini diikuti oleh Perayaan Roti Tidak Beragi selama tujuh hari. Walaupun 14 Nisan merupakan hari Paska yang sebenar, kesemua lapan hari tersebut juga dikenali sebagai perayaan Paska. (Kel. 12:14-17; Luk. 22:1; Yoh. 18:28; 19:14) Paska merupakan salah satu “perayaan tahunan” atau ulang tahun bagi orang Israel.—2 Taw. 8:13.
7. Apakah perayaan baru yang diperkenalkan oleh Yesus?
7 Yesus dan pengikutnya berbangsa Yahudi. Jadi mereka mematuhi Hukum Musa dengan merayakan Paska. (Mat. 26:17-19) Tetapi pada kali terakhir mereka merayakannya, Yesus memperkenalkan suatu perayaan baru—Perjamuan Malam Tuan. Jadi bilakah mereka mengadakan perayaan baru ini?
PERJAMUAN MALAM TUAN—BILA?
8. Apakah persoalan yang timbul mengenai perayaan Paska dan Perjamuan Malam Tuan?
8 Memandangkan Yesus memperkenalkan perayaan baru itu sejurus selepas perayaan Paska, Perjamuan Malam Tuan harus diadakan pada hari yang sama dengan Paska. Namun, orang Yahudi dewasa ini tidak merayakan Paska pada hari yang sama kita merayakan Perjamuan Malam Tuan. Mengapa? Jawapannya boleh didapati dengan meneliti perintah Tuhan kepada orang Israel mengenai Paska. Tuhan telah memberitahu secara khusus pada waktu bila anak domba harus disembelih pada hari 14 Nisan.—Baca Keluaran 12:5, 6.
9. Menurut Keluaran 12:6, bilakah domba untuk perayaan Paska harus disembelih? (Lihat kotak “Pada Waktu Bila?”)
9 Sebuah buku agama Yahudi (The Pentateuch and Haftorahs) merujuk kepada Keluaran 12:6 dan menyatakan bahawa domba harus disembelih “pada sebelah petang.” Terjemahan Bible yang lain pula berbunyi, “semasa waktu senja.” Maksudnya domba itu harus disembelih selepas matahari terbenam pada permulaan hari 14 Nisan.
10. Menurut sesetengah orang, bilakah domba Paska disembelih? Mengapakah hal ini tidak selaras dengan Bible?
Keluaran 12:6 merujuk kepada penghujung hari 14 Nisan, iaitu dari tengah hari hingga waktu matahari terbenam. Namun, jika domba disembelih pada penghujung 14 Nisan, bilakah orang Israel akan makan domba Paska tersebut? Menurut Profesor Jonathan Klawans, makanan itu dihidangkan pada 15 Nisan. Tetapi dia mengakui hal ini tidak tercatat dalam buku Keluaran. Dia juga berkata bahawa pemimpin agama Yahudi tidak pernah mencatat bagaimana Paska dirayakan sebelum Rumah Tuhan dibinasakan pada 70 M.
10 Pada kemudian hari, sesetengah orang Yahudi berfikir bahawa masa yang lama diperlukan untuk menyembelih semua domba Paska yang dibawa ke Rumah Tuhan. Maka mereka percaya bahawa frasa “pada sebelah petang” di11. (a) Apakah yang berlaku kepada Yesus pada Paska tahun 33 M? (b) Mengapakah 15 Nisan 33 M dipanggil sebagai sabat “yang khas”? (Lihat nota kaki.)
11 Pada tahun 33 M, bilakah perayaan Paska diadakan? Sebelum hari Paska, iaitu pada 13 Nisan, Yesus telah memberitahu Petrus dan Yohanes, “Pergilah sediakan jamuan Paska untuk kita.” (Luk. 22:7, 8) Maka, “apabila tiba waktunya” untuk perayaan Paska, Yesus dan rasulnya berkumpul dan makan bersama selepas matahari terbenam pada 14 Nisan, iaitu hari Khamis petang. Pada malam itu juga, Yesus memperkenalkan Perjamuan Malam Tuan. (Luk. 22:14, 15) Kemudian, pada malam yang sama, dia ditahan dan dibicarakan. Menjelang tengah hari, dia digantung pada tiang seksaan, dan menghembuskan nafas terakhirnya pada sebelah petang. (Yoh. 19:14) Jadi, “Kristus, domba Paska kita” dikorbankan pada hari yang sama dengan domba Paska disembelih. (1 Kor. 5:7; 11:23; Mat. 26:2) Yesus juga dikuburkan sebelum permulaan 15 Nisan. *—Im. 23:5-7; Luk. 23:54.
PENGAJARAN DARIPADA SAMBUTAN PERINGATAN
12, 13. Bagaimanakah anak-anak orang Israel terlibat dalam merayakan Paska?
12 Marilah kita imbas kembali perayaan Paska yang pertama di Mesir. Musa berkata bahawa umat Tuhan harus merayakan Paska “selama-lamanya.” Setiap tahun pada hari Paska, anak-anak akan bertanya kepada ibu bapa mereka tentang makna Keluaran 12:24-27; Ul. 6:20-23) Maka, perayaan Paska merupakan peringatan yang penting dan bermakna untuk semua, termasuk anak-anak.—Kel. 12:14.
perayaan itu. (Baca13 Sejak turun-temurun, pengajaran penting ini diturunkan daripada bapa kepada anak. Salah satu pengajaran adalah Yehuwa mampu melindungi penyembah-Nya. Anak-anak belajar bahawa Yehuwa adalah Tuhan yang hidup, yang prihatin, dan yang memelihara umat-Nya. Hal ini terbukti benar sewaktu Dia melindungi semua anak sulung orang Israel semasa tulah yang kesepuluh melanda Mesir.
14. Bagaimanakah ibu bapa Kristian boleh mengongsi pengajaran daripada perayaan Paska dengan anak mereka?
14 Sebagai ibu bapa Kristian, anda tidak wajib menceritakan kisah perayaan Paska kepada anak setiap tahun. Tetapi adakah anda sedang membantu anak melihat pengajaran daripada perayaan Paska—bahawa Tuhan melindungi umat-Nya? Adakah anda menjadi teladan untuk membantu anak anda percaya bahawa Yehuwa ialah Penyelamat bagi umat-Nya hari ini? (Mzm. 27:11; Yes. 12:2) Adakah anda menyampaikan pengajaran ini melalui perbualan yang menyenangkan dan bukan seperti memberikan ceramah? Berusahalah untuk melakukan demikian, kerana hal ini akan mendorong keluarga anda untuk lebih percaya kepada Yehuwa.
15, 16. Apakah yang boleh kita pelajari tentang Yehuwa daripada Paska dan Keluaran bab 12-15?
15 Perayaan Paska bukan sahaja mengajar kita bahawa Yehuwa dapat melindungi umat-Nya. Dia juga menyelamatkan umat-Nya dengan ‘membawa mereka keluar dari Mesir.’ Mereka dibimbing dengan tiang awan dan tiang api. Mereka berjalan di tanah yang kering sementara laut Merah menjadi tembok air di kedua-dua belah mereka. Selepas itu, mereka menyaksikan air laut menimpa dan menenggelamkan semua tentera Mesir. Kemudian bangsa Israel memuji Yehuwa dengan bernyanyi, ‘Aku hendak menyanyi untuk Yehuwa. Dia telah membuang kuda dan penunggang kuda ke dalam laut. Yehuwa pembelaku yang kuat; Dialah yang telah menyelamatkan aku.’—Kel. 13:14, 21, 22; 15:1, 2; Mzm. 136:11-15.
16 Jika anda mempunyai anak, adakah anda membantu mereka percaya bahawa Yehuwa ialah Penyelamat? Sewaktu anda membuat keputusan atau berbual dengan anak anda, dapatkah mereka melihat keyakinan anda bahawa Yehuwa akan melindungi keluarga anda? Semasa Penyembahan Keluarga, anda boleh membincangkan Keluaran bab 12-15 dan menunjukkan cara Yehuwa menyelamatkan umat-Nya. Anda juga boleh membincangkan Kisah 7:30-36 atau Daniel 3:16-18, 26-28. Ya, tidak kira tua atau muda, kita semua harus yakin bahawa Yehuwa akan menyelamatkan kita pada masa depan sepertimana Dia menyelamatkan umat-Nya pada zaman Musa.—Baca 1 Tesalonika 1:9, 10.
PERINGATAN BAGI KITA
17, 18. Mengapakah darah yang dicurahkan oleh Yesus lebih bernilai daripada darah domba Paska?
17 Orang Kristian sejati tidak merayakan Paska. Ulang tahun itu merupakan sebahagian daripada Hukum Musa, dan kita tidak hidup menurut Hukum itu lagi. (Rm. 10:4; Kol. 2:13-16) Tetapi kita meraikan ulang tahun yang lain, iaitu hari kematian anak Tuhan. Walau bagaimanapun, kita boleh mengambil pengajaran daripada perayaan Paska yang pertama di Mesir.
18 Darah binatang yang disapukan pada tiang pintu dan ambang pintu rumah telah menyelamatkan anak sulung orang Israel. Hari ini, kita tidak lagi mengorbankan binatang kepada Yehuwa semasa Paska atau pada masa lain. Namun terdapat korban lain yang jauh lebih bernilai dan dapat menyelamatkan kita buat selama-lamanya. Menurut Paulus, “darah percikan” Yesus membolehkan golongan terurap meraih hidup kekal di syurga. Golongan ini adalah ‘anak-anak sulung Tuhan, yang nama mereka terdaftar di syurga.’ (Ibr. 12:23, 24) Darah yang dicurahkan Yesus juga membolehkan orang Kristian lain untuk menikmati hidup abadi di bumi. Maka kita harus sentiasa ingat bahawa ‘dengan kematian Kristus kita dibebaskan; Tuhan sudah mengampunkan dosa kita. Alangkah mulianya rahmat Tuhan.’—Ef. 1:7.
19. Mengapakah cara Yesus mati di tiang seksaan menguatkan keyakinan kita terhadap nubuat Bible?
19 Apabila domba Paska disembelih, orang Israel diberitahu supaya tidak mematahkan tulang binatang itu. (Kel. 12:46; Bil. 9:11, 12) Bagaimana pula dengan ‘Anak Domba Tuhan’ yang diutus sebagai korban tebusan? (Yoh. 1:29) Dia telah digantung pada tiang seksaan di antara dua orang penjahat. Orang Yahudi menyuruh Pilatus memberikan arahan untuk mematahkan tulang-tulang mereka agar mereka cepat mati. Hal ini supaya mereka tidak tergantung di tiang seksaan sehingga ke hari seterusnya, 15 Nisan, yang merupakan Sabat “yang khas.” Maka, askar telah mematahkan kaki kedua-dua penjahat itu, ‘tetapi apabila mereka sampai kepada Yesus, mereka melihat bahawa dia sudah meninggal. Oleh itu mereka tidak mematahkan kakinya.’ (Yoh. 19:31-34) Sepertimana tulang domba Paska tidak dipatahkan, tulang Yesus juga tidak dipatahkan. Oleh itu, domba Paska merupakan “bayangan” bagi korban tebusan Kristus yang berlaku pada 14 Nisan 33 M. (Ibr. 10:1) Hal ini telah menggenapi ayat di Mazmur 34:21 dan pasti menguatkan keyakinan kita terhadap nubuat-nubuat Bible yang lain.
20. Apakah perbezaan di antara perayaan Paska dan Perjamuan Malam Tuan?
20 Namun, terdapat perbezaan antara cara orang Yahudi merayakan Paska dan cara kita merayakan Perjamuan Malam Tuan. Misalnya, orang Israel makan daging binatang tetapi bukan darahnya. Tetapi Yesus memberikan arahan yang berbeza. Dia berkata bahawa pengikutnya yang akan memerintah di ‘Kerajaan Tuhan’ harus makan roti dan wain yang menggambarkan tubuh dan darahnya. Kita akan membincangkan hal ini dalam rencana yang seterusnya.—Mrk. 14:22-25.
21. Mengapakah kita patut mengetahui tentang Paska?
21 Banyak pengajaran yang boleh didapati daripada perayaan Paska pada masa lampau. Walaupun perayaan Paska dirayakan oleh orang Yahudi, kita sebagai orang Kristian pun patut mengetahui hal ini dan meraih pengajaran yang berharga daripadanya kerana ‘semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Tuhan.’—2 Tim. 3:16.
^ per. 5 Bulan pertama dalam kalendar orang Ibrani dipanggil Abib, tetapi kemudiannya dikenali sebagai Nisan selepas orang Israel dibebaskan daripada Babilon. Dalam rencana ini, perkataan Nisan akan digunakan.
^ per. 11 Selepas hari Paska, 15 Nisan bermula dan hari itu merupakan hari Sabat (Sabtu) yang biasa diadakan setiap minggu. Pada 33 M, hari pertama Perayaan Roti Tidak Beragi, yang merupakan hari sabat, juga jatuh pada 15 Nisan. Oleh sebab kedua-dua sabat ini jatuh pada tanggal yang sama, hari itu dipanggil sabat “yang khas.”—Yoh. 19:31, 42.