Hargailah Peluang sebagai Rakan Sekerja Yehuwa!
“Kami ialah rakan sekerja Tuhan.”—1 KOR. 3:9, NW.
1. Apakah perasaan Yehuwa terhadap kerja-Nya? Oleh itu, apakah yang telah dilakukan oleh-Nya?
YEHUWA menikmati kerja-Nya. (Mzm. 135:6; Yoh. 5:17) Oleh itu, Dia memberikan kerja kepada para malaikat dan manusia supaya mereka juga dapat menikmati kerja mereka dan meraih kepuasan. Yehuwa melibatkan Anak-Nya, Yesus, dalam kerja penciptaan. (Baca Kolose 1:15, 16.) Bible memberitahu bahawa sebelum Yesus datang ke bumi, dia merupakan “seorang jurubina” di sisi Yehuwa.—Ams. 8:30.
2. Bagaimanakah kita tahu bahawa para malaikat mempunyai kerja yang penting dan memuaskan?
2 Menurut Bible, Yehuwa selalu memberikan tugas kepada para malaikat. Semasa Adam dan Hawa dihalau dari Taman Eden, Tuhan telah ‘menempatkan kerub [malaikat-Nya], dan sebilah pedang berapi yang berpusing ke segala arah, untuk mengawal jalan ke pokok yang memberi hidup.’ (Kej. 3:24) Dalam buku Wahyu, Yehuwa telah ‘mengutus malaikat-Nya kepada hamba-hamba-Nya untuk menunjukkan apa yang mesti berlaku’ pada masa depan.—Why. 22:6.
TUGAS YANG DIBERIKAN KEPADA MANUSIA
3. Semasa di bumi, bagaimanakah Yesus mengikut teladan Bapanya?
3 Semasa di bumi, Yesus gembira melaksanakan tugas daripada Yehuwa. Yesus juga mengikut teladan Bapanya dengan mengamanahkan tugas yang penting kepada para rasul. Untuk menaikkan semangat mereka terhadap tugas yang diberikan, Yesus berkata, ‘Sungguh benar kata-kataku ini: Sesiapa yang percaya kepadaku akan melakukan apa yang aku lakukan, bahkan dia akan melakukan hal-hal yang lebih besar lagi.’ (Yoh. 14:12) Dia juga menjelaskan bahawa kerja mereka sangat penting. Dia berkata, ‘Selama hari masih terang, kita harus melakukan tugas yang diberikan oleh Dia yang mengutus aku. Malam akan tiba dan tidak seorang pun dapat melakukan apa-apa’ kerja.—Yoh. 9:4.
4-6. (a) Mengapakah kita bersyukur kerana Nuh dan Musa menyelesaikan tugas mereka daripada Yehuwa? (b) Apakah hasil baik daripada tugas yang diberikan Yehuwa kepada manusia?
4 Lama sebelum Yesus datang ke bumi, Yehuwa telah memberikan tugas yang memuaskan kepada manusia. Adam dan Hawa gagal dalam tugas mereka. Namun, ramai manusia telah menyelesaikan tugas yang diberikan oleh Yehuwa. (Kej. 1:28) Yehuwa memberi Nuh arahan terperinci untuk membina bahtera supaya dia dan keluarganya diselamatkan daripada Banjir Besar. Nuh melakukan segala sesuatu yang diperintahkan Tuhan. Itulah sebabnya kita hidup hari ini.—Kej. 6:14-16, 22; 2 Ptr. 2:5.
5 Yehuwa memberi Musa arahan terperinci untuk membina khemah suci dan membuat aturan imam. Musa mengikut setiap arahan Yehuwa. (Kel. 39:32; 40:12-16) Hari ini, kita mendapat manfaat kerana Musa melaksanakan tugasnya dengan setia. Paulus menjelaskan bahawa khemah suci dan aturan imam melambangkan “perkara-perkara baik yang akan datang.”—Ibr. 9:1-5, 9; 10:1.
6 Tuhan memberikan tugas yang berlainan kepada hamba-hamba-Nya seraya kehendak-Nya dilaksanakan. Namun, semua kerja yang dilakukan sentiasa memuliakan Yehuwa dan membawa berkat kepada manusia. Hal ini terbukti benar oleh tugas yang dilakukan Yesus semasa dia di syurga dan kemudian semasa dia di bumi. (Yoh. 4:34; 17:4) Begitu juga, tugas yang kita lakukan hari ini memuliakan Yehuwa. (Mat. 5:16; baca 1 Korintus 15:58.) Mengapakah kita boleh berkata sedemikian?
KEKALKAN SIKAP POSITIF TERHADAP KERJA TUHAN
7, 8. (a) Apakah tugas-tugas yang dilakukan orang Kristian hari ini? (b) Apakah seharusnya sikap kita terhadap arahan Yehuwa?
7 Memang suatu penghormatan besar bagi manusia yang tidak sempurna untuk menjadi rakan sekerja Yehuwa. (1 Kor. 3:9) Ada yang membuat kerja pembinaan seperti Nuh dan Musa. Contohnya, mereka membantu dalam pembinaan Dewan Perhimpunan, Dewan Perjumpaan, dan pejabat cawangan. Tidak kira seseorang terlibat dalam pembinaan Dewan Perjumpaan tempatan atau dalam pembinaan ibu pejabat di Warwick, New York, hal itu merupakan peluang yang istimewa! (Lihat gambar pada permulaan rencana.) Semuanya merupakan khidmat suci. Kebanyakan orang Kristian yang lain pula melakukan kerja pembinaan rohani, iaitu kerja penyebaran. Kerja ini memuji Yehuwa dan membawa manfaat kepada manusia. (Kis. 13:47-49) Organisasi Tuhan memberikan arahan tentang cara untuk menginjil. Hal ini kadangkala bermaksud kita akan menerima tugas yang baru.
Ibrani 13:7, 17.) Kita mungkin tidak memahami semua sebab mengapa kita diberikan tugas atau arahan baru. Tetapi, kita tetap bekerjasama dengan Yehuwa kerana kita yakin bahawa tugas itu datang daripada-Nya dan akan membawa berkat.
8 Penyembah Yehuwa selalu ingin mentaati arahan-Nya. (Baca9. Apakah teladan baik yang ditunjukkan oleh para penatua?
9 Semangat baik para penatua dapat dilihat melalui cara mereka mengambil pimpinan. (2 Kor. 1:24; 1 Tes. 5:12, 13) Mereka bekerja keras dan cepat mengikut arahan jika terdapat kaedah baru dalam kerja penyebaran. Pada mulanya, mereka mungkin ragu-ragu untuk mengatur kerja menginjil melalui telefon, di pelabuhan, atau di tempat awam. Namun, selepas melakukannya, mereka menuai hasil yang baik. Contohnya, empat orang perintis di Jerman memutuskan untuk menginjil di sebuah kawasan perniagaan yang lama tidak dikunjungi oleh penyiar. Michael, yang merupakan seorang penatua, berkata, “Sudah beberapa tahun kami tidak menggunakan kaedah ini. Kami sungguh gementar. Namun, Yehuwa pasti tahu perasaan kami kerana Dia memberkati kerja kami pada pagi itu. Kami sangat gembira kerana mengikut arahan yang diberikan dalam Kerja Teokratik Kita dan bergantung pada Yehuwa.” Adakah anda juga bersemangat untuk mencuba kaedah menginjil yang baru?
10. Apakah perubahan yang berlaku baru-baru ini dalam organisasi Yehuwa?
10 Kadangkala, perubahan juga berlaku di Bethel. Contohnya, baru-baru ini, beberapa pejabat cawangan yang kecil digabungkan dengan pejabat cawangan yang lebih besar. Mereka yang bekerja di sana perlu membuat banyak penyesuaian. Namun, mereka dapat melihat hasil baik pada kemudian hari. (Pkh. 7:8) Mereka gembira kerana dapat menyumbang kepada perkembangan umat Yehuwa pada zaman moden ini.
11-13. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi akibat daripada perubahan dalam organisasi?
11 Terdapat beberapa pengajaran yang penting daripada perubahan itu. Kebanyakan saudara saudari telah berkhidmat selama puluhan tahun di pejabat cawangan. Sepasang suami isteri yang berkhidmat di Bethel yang kecil telah diminta untuk berpindah ke Bethel Mexico. Di sana bilangan ahli Bethel hampir 30 kali ganda lebih banyak. Rogelio berkata, “Memang susah untuk meninggalkan keluarga dan kawan.” Seorang lagi saudara yang diminta untuk berpindah ke Mexico berkata, “Saya berasa seperti dilahirkan semula. Saya perlu menjalinkan persahabatan yang baru serta menyesuaikan diri dengan budaya dan cara pemikiran yang baru.”
12 Apabila beberapa pejabat cawangan di Eropah digabungkan, ramai ahli Bethel diminta untuk berpindah ke pejabat cawangan di Jerman. Hal ini memang tidak mudah. Mereka yang berpindah dari Switzerland tentu merindui pemandangan Pergunungan Alps yang indah. Mereka yang berpindah dari Austria pula tentu merindui gaya hidup yang lebih tenang di sana.
13 Saudara saudari yang berpindah ke pejabat cawangan negara lain perlu membuat banyak perubahan. Mereka perlu menyesuaikan diri dengan tempat tinggal baru, teman sekerja baru, dan mungkin juga tugas baru. Selain itu, mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan sidang baru, kawasan penyebaran baru, dan mungkin bahasa yang baru. Perubahan ini memang mencabar. Namun, mereka rela melakukannya. Mengapa? Mari kita lihat apa yang mereka katakan.
14, 15. (a) Bagaimanakah ramai orang Kristian menunjukkan bahawa mereka menghargai peluang untuk bekerja bersama Yehuwa? (b) Apakah teladan baik mereka bagi kita?
14 Grethel berkata, “Saya menerima jemputan itu kerana ingin menunjukkan kepada Yehuwa bahawa kasih saya terhadap-Nya tidak bergantung pada negara, bangunan, atau peluang istimewa tertentu.” Dayska berkata, “Apabila saya sedar bahawa tugas ini datang daripada Yehuwa, saya menerimanya dengan gembira.” André dan Gabriela berkata, “Kami menganggap hal ini sebagai peluang untuk mengetepikan keinginan sendiri agar dapat berkhidmat kepada Yehuwa. Kami memberitahu diri kami, ‘Apabila ada angin perubahan yang datang daripada Yehuwa, lebih baik kami berlayar bersama angin itu daripada membina benteng untuk menahannya.’”
15 Apabila pejabat cawangan digabungkan, sesetengah ahli Bethel ditugaskan untuk merintis. Hal ini berlaku apabila pejabat cawangan Denmark, Norway, dan Sweden digabungkan menjadi pejabat cawangan Scandinavia. Sepasang suami isteri, Florian dan Anja berkata, “Kami memandang tugas baru ini sebagai cabaran yang menarik. Kami amat menghargai penghormatan besar untuk berkhidmat kepada Yehuwa dalam apa jua cara. Kami memang sangat diberkati!” Walaupun kita mungkin tidak menghadapi situasi ini, kita dapat mencontohi kerelaan hati saudara saudari yang mengutamakan Kerajaan Tuhan. (Yes. 6:8) Kita boleh pasti bahawa Yehuwa selalu memberkati mereka yang menghargai peluang istimewa untuk bekerja bersama-Nya.
TERUS NIKMATI PELUANG SEBAGAI RAKAN SEKERJA YEHUWA
16. (a) Apakah nasihat di Galatia 6:4? (b) Apakah penghormatan paling besar yang dinikmati oleh kita semua?
16 Oleh sebab kita tidak sempurna, kita sering membandingkan diri dengan orang lain. Namun, Bible menggalakkan kita untuk berfokus kepada perkara yang dapat Galatia 6:4.) Bukan semua orang dapat menjadi penatua, perintis, mubaligh, atau ahli Bethel. Tetapi, kita semua boleh menikmati penghormatan yang paling besar, iaitu untuk menyebarkan berita baik. Dengan ini, marilah kita menikmati peluang kita sebagai rakan sekerja Yehuwa!
kita lakukan. (Baca17. Apakah masalah yang mungkin kita hadapi dalam sistem dunia ini? Namun mengapakah kita tidak sepatutnya tawar hati?
17 Dalam sistem dunia ini, khidmat kita kepada Yehuwa mungkin terhad. Hal ini adalah kerana kita tidak dapat mengawal sesetengah perkara, seperti tanggungjawab keluarga atau masalah kesihatan. Namun, janganlah tawar hati. Kita masih boleh menyebar tentang nama Yehuwa dan Kerajaan-Nya kepada orang lain. Yang paling penting ialah kita berusaha sedaya upaya. Kita juga boleh meminta Yehuwa membantu saudara saudari yang dapat menggandakan usaha mereka dalam khidmat-Nya. Ingatlah, setiap orang yang memuji nama Yehuwa memang bernilai di mata-Nya!
18. Apakah berkat yang kita nanti-nantikan? Apakah peluang istimewa yang kita nikmati sekarang?
18 Yehuwa menjemput kita untuk menjadi rakan sekerja-Nya walaupun kita tidak sempurna. Tidakkah kita menghargai peluang istimewa untuk menjadi rakan sekerja Yehuwa pada hari-hari terakhir ini? Tidak lama lagi, Yehuwa akan memberkati kita dengan kehidupan yang aman selama-lamanya. Kita tentu menanti-nantikan ‘kehidupan sejati’ yang jauh lebih baik daripada kehidupan sekarang.—1 Tim. 6:18, 19.
19. Apakah masa depan yang dijanjikan oleh Yehuwa?
19 Dunia baru Tuhan akan tiba tidak lama lagi. Maka, kita mungkin teringat kata-kata Musa kepada orang Israel sebelum mereka menduduki Tanah yang Dijanjikan. Dia berkata, ‘Yehuwa akan menjayakan segala usaha kamu dan menjadikan kamu makmur.’ (Ul. 30:9) Selepas Armagedon, Yehuwa akan memberikan bumi ini kepada semua rakan sekerja-Nya. Kemudian, kita akan menerima tugas baru untuk menjadikan bumi sebuah firdaus yang indah!