Pertanyaan Pembaca
Bagaimanakah penatua dan pembantu sidang dilantik?
Pada abad pertama, rasul Paulus memberitahu para penatua di sidang Efesus: “Berikanlah perhatian kepada diri kamu dan seluruh kawanan, kerana daya aktif Tuhan telah melantik kamu sebagai penyelia untuk menggembala sidang Tuhan, yang telah dibeli oleh-Nya dengan darah Anak-Nya sendiri.” (Kis. 20:28, NW) Apakah peranan daya aktif Tuhan dalam pelantikan para penatua dan pembantu sidang hari ini?
Pertama, daya aktif mengilhami penulis Bible untuk mencatatkan syarat-syarat kelayakan bagi penatua dan pembantu sidang. Di 1 Timotius 3:1-7, terdapat 16 syarat bagi penatua. Syarat-syarat lain terdapat di Titus 1:5-9 dan Yakobus 3:17, 18. Bagi pembantu sidang pula, syarat-syaratnya terdapat di 1 Timotius 3:8-10, 12, 13. Kedua, badan penatua akan berdoa secara spesifik untuk bimbingan daya aktif Tuhan. Dengan itu, mereka dapat memutuskan sama ada seseorang saudara telah memenuhi syarat kelayakan atau tidak. Ketiga, saudara yang dicalonkan harus menunjukkan sifat-sifat yang dihasilkan oleh daya aktif Tuhan dalam hidupnya. (Gal. 5:22, 23) Jadi, daya aktif terlibat dalam semua aspek pelantikan itu.
Namun, siapakah sebenarnya yang melakukan pelantikan penatua dan pembantu sidang? Dahulu, semua maklumat tentang saudara yang dicalonkan akan dihantar ke pejabat cawangan. Di sana, saudara-saudara yang dilantik oleh Badan Pimpinan akan mengkaji maklumat tersebut dan membuat pelantikan jika sesuai. Kemudian, mereka akan memberitahu badan penatua. Badan penatua pula akan memberitahu saudara yang baru dilantik. Mereka akan menanya saudara itu jika dia sudi dan berasa layak untuk menerima tanggungjawab itu. Akhir sekali, pelantikan itu akan diumumkan kepada sidang.
Bagaimanakah pelantikan dibuat pada abad pertama? Ada kalanya, para rasul membuat pelantikan yang spesifik. Contohnya, mereka melantik tujuh saudara untuk menjaga bekalan makanan bagi balu-balu. (Kis. 6:1-6) Namun, sebelum menerima tugas tambahan itu, saudara-saudara itu mungkin sudah berkhidmat sebagai penatua.
Alkitab tidak menerangkan dengan terperinci bagaimana setiap pelantikan dibuat. Tetapi terdapat ayat-ayat yang memberikan keterangan Kis. 14:23) Bertahun-tahun kemudian, Paulus menulis surat kepada rakan sekerjanya, Titus: “Aku meninggalkan engkau di Kreta supaya engkau dapat menyelesaikan semua perkara yang masih perlu dilakukan, dan melantik pemimpin jemaah di setiap kota.” (Tit. 1:5) Begitu juga, Timotius yang kerap melawat sidang bersama Paulus telah menerima tanggungjawab yang sama. (1 Tim. 5:22) Jelaslah bahawa pelantikan-pelantikan dibuat oleh penyelia lawatan, bukannya oleh para rasul dan penatua di Yerusalem.
tentang siapa yang membuat pelantikan. Bible menerangkan bahawa ketika Paulus dan Barnabas melawat sidang-sidang, mereka “melantik pemimpin-pemimpin [penatua] bagi setiap jemaah [sidang], lalu dengan berdoa dan berpuasa mereka menyerahkan jemaah kepada pemeliharaan Tuhan yang dipercayai oleh mereka.” (Dengan mengikut contoh pada abad pertama, Badan Pimpinan telah membuat penyesuaian dalam cara para penatua dan pembantu sidang dilantik. Mulai 1 September 2014, pelantikan akan dibuat seperti berikut: Penyelia litar akan meneliti maklumat tentang semua saudara yang dicalonkan. Semasa mengunjungi sidang, dia akan cuba mengenali dan menginjil bersama saudara yang dicalonkan itu. Setelah berbincang dengan badan penatua, penyelia litar akan melantik pembantu sidang dan penatua di semua sidang dalam litarnya. Dengan demikian, pelantikan yang dibuat menyerupai apa yang dilakukan pada abad pertama.
Siapakah yang terlibat dalam proses pelantikan? ‘Hamba yang setia dan bijaksana’ memiliki tanggungjawab utama untuk menyediakan makanan bagi hamba-hamba yang lain. (Mat. 24:45-47) Hal ini termasuk menyelidiki ayat-ayat Bible dengan bantuan daya aktif Tuhan. Dengan itu, mereka dapat memberikan arahan berdasarkan prinsip-prinsip Bible tentang cara sidang sedunia diaturkan. Hamba yang setia juga melantik para penyelia litar dan ahli Jawatankuasa Cawangan. Setiap pejabat cawangan akan menyediakan bantuan praktikal untuk menerapkan setiap arahan. Para penatua mempunyai tanggungjawab yang serius untuk meneliti syarat-syarat Bible semasa memilih calon. Setiap penyelia litar bertanggungjawab untuk mengkaji dan berdoa mengenai saudara-saudara yang dicalonkan oleh para penatua. Kemudian, barulah dia akan melantik saudara yang layak.
Apabila kita memahami bagaimana pelantikan dibuat, kita akan lebih menghargai peranan daya aktif Tuhan dalam hal ini. Kita akan lebih yakin dan lebih menghormati mereka yang telah dilantik dalam sidang Kristian.—Ibr. 13:7, 17.
Wahyu bab 11?
Siapakah dua orang saksi yang disebut dalamWahyu 11:3 mengisahkan dua orang saksi yang bernubuat selama 1,260 hari. Kemudian, binatang buas “mengalahkan dan membunuh mereka.” Selepas “tiga hari setengah,” mereka dibangkitkan. Hal ini menghairankan orang yang melihatnya.—Why. 11:7, 11.
Siapakah dua orang saksi ini? Buku Wahyu bab 11 membantu kita mengenal pasti siapa mereka. Pertama, mereka dilambangkan oleh “dua batang pokok zaitun dan dua buah kaki pelita.” (Why. 11:4) Hal ini mengingatkan kita tentang nubuat Zakharia. Dalam nubuatnya, dua pokok zaitun mewakili “dua orang yang telah dipilih dan dilantik” oleh Yehuwa, iaitu Gabenor Zerubabel dan Imam Agung Yosua yang ‘mengabdi kepada Tuhan.’ (Za. 4:1-3, 14) Kedua, dua orang saksi ini melakukan mukjizat yang serupa dengan mukjizat yang dilakukan oleh Musa dan Elia.—Bandingkan Wahyu 11:5, 6 dengan Bilangan 16:1-7, 28-35 dan 1 Raja-Raja 17:1; 18:41-45.
Setiap kisah di atas merujuk kepada orang yang dipilih atau diurapi oleh Tuhan. Merekalah yang mengambil pimpinan sewaktu umat Tuhan menghadapi cubaan. Jadi, nubuat Wahyu bab 11 merujuk kepada saudara-saudara terurap yang mengambil pimpinan semasa Kerajaan Tuhan didirikan di syurga pada tahun 1914. Mereka menginjil dalam “pakaian berkabung” * selama tiga tahun setengah.
Selepas menginjil selama tiga tahun setengah, mereka seolah-olah ‘dibunuh’ kerana dipenjarakan selama “tiga hari setengah” yang mewakili suatu jangka masa yang pendek. Musuh Tuhan bersukacita kerana menganggap bahawa kerja penyebaran sudah “mati,” atau dihentikan.—Why. 11:8-10.
Tetapi, dua orang saksi ini dibangkitkan pada akhir jangka masa “tiga hari setengah.” Hal ini terjadi apabila kaum terurap dibebaskan dari penjara. Malah, mereka yang tetap setia telah menerima pelantikan yang istimewa daripada Tuhan melalui Yesus Kristus. Pada tahun 1919, mereka dilantik untuk menjadi sebahagian daripada ‘hamba yang setia dan bijaksana’ yang menjaga keperluan rohani umat Tuhan semasa hari-hari terakhir.—Mat. 24:45-47; Why. 11:11, 12.
Semua peristiwa ini juga dikaitkan dengan jangka masa apabila Rumah Rohani Tuhan diukur dan dinilai. (Why. 11:1, 2) Hal ini serupa dengan nubuat di Maleakhi bab 3 tentang kerja pemeriksaan dan pemurnian Rumah Tuhan. (Mal. 3:1-4) Kerja pemurnian itu berlaku dari tahun 1914 sehingga awal tahun 1919. Jangka masa itu merangkumi 1,260 hari (42 bulan) dan “tiga hari setengah” yang disebut dalam Wahyu bab 11.
Kita amat bersyukur kerana Yehuwa telah mengaturkan kerja pemurnian rohani untuk membentuk umat-Nya yang rajin berbuat baik. (Tit. 2:14) Kita tentu menghargai teladan baik kaum terurap yang mengambil pimpinan ketika masa cubaan. Mereka telah berkhidmat sebagai dua saksi yang dinubuatkan. *
^ per. 14 Pakaian berkabung yang digunakan oleh dua saksi tersebut merujuk kepada ketabahan mereka semasa mengumumkan hari penghakiman Yehuwa. Hari penghakiman ini akan menyebabkan ramai orang berkabung.
^ per. 18 Untuk maklumat lanjut, lihat Menara Pengawal terbitan 15 Julai 2013, muka surat 22, perenggan 12.