Ingatkah Anda?
Sudahkah anda membaca majalah-majalah Menara Pengawal yang lepas dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:
Adakah pembakaran mayat sesuai bagi orang Kristian?
Keputusan untuk membakar mayat merupakan keputusan peribadi. Walaupun Bible tidak memberikan bimbingan mengenai hal ini, kita tahu bahawa mayat Raja Saul dan anaknya, Yonatan telah dibakar dan kemudian dikebumikan. (1 Sam. 31:2, 8-13)—15/6, muka surat 7.
Bagaimanakah kita boleh membantu rakan seiman yang sudah bercerai?
Terdapat beberapa cara. Kita boleh (1) mendengar dengan bijak, (2) menunjukkan keprihatinan, (3) meyakinkan dia bahawa Yehuwa memahami situasinya, (4) menggalakkannya untuk tetap dekat dengan sidang, (5) menggalakkannya untuk menguatkan hubungan dengan Tuhan melalui doa, pembelajaran peribadi, dan perenungan, serta (6) menawarkan diri untuk menginjil atau membuat persiapan perjumpaan bersamanya.—15/6, muka surat 10-11.
Mengapakah kita boleh yakin bahawa Tuhan bukan penyebab kejahatan?
Tuhan adil dalam segala perkara. Dia setia dan melakukan apa yang baik. Dia juga berbelas kasihan dan baik hati. (Ul. 32:4; Mzm. 145:17; Yak. 5:11)—1/7, muka surat 4.
Apakah cabaran bagi mereka yang berkhidmat di negara lain?
Terdapat tiga cabaran: (1) menyesuaikan diri dengan gaya hidup baru, (2) mengatasi perasaan rindu akan keluarga, dan (3) mencari kawan baru. Mereka yang telah mengatasi cabaran ini memang meraih banyak berkat.—15/7, muka surat 4-5.
Mengapakah risalah-risalah baru sangat berkesan dan mudah digunakan?
Semua risalah baru mempunyai ciri-ciri yang sama. Setiap risalah mengandungi soalan dan ayat Bible yang sesuai untuk dibaca kepada penghuni rumah. Tidak kira apa jawapan penghuni rumah, kita boleh membuka risalah itu dan menunjukkan kata-kata Bible yang tercatat di sana. Kita juga boleh menanya soalan yang dapat dibincangkan semasa kunjungan kembali.—15/8, muka surat 13-14.
Bagaimanakah ibu bapa boleh menjaga anak mereka?
Adalah penting bagi ibu bapa untuk mendengar kata-kata anak supaya ibu bapa dapat mengenali mereka. Didiklah mereka secara rohani. Bimbinglah mereka dengan penuh kasih, misalnya apabila mereka mempunyai keraguan tentang kebenaran.—15/9, muka surat 18-21.
Di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan, apakah perkara-perkara yang akan lenyap?
Masalah kesihatan, kematian, pengangguran, peperangan, kebuluran, dan kemiskinan akan tiada lagi.—1/10, muka surat 6-7.
Apakah perjanjian dalam Bible yang membolehkan orang lain untuk memerintah bersama Kristus?
Selepas Perjamuan Malam Tuan, Yesus membuat perjanjian dengan para pengikutnya yang setia. Perjanjian ini dikenali sebagai perjanjian Kerajaan. (Luk. 22:28-30) Perjanjian ini menjamin bahawa mereka akan memerintah bersama Yesus di syurga.—15/10, muka surat 16-17.
Tuhan telah ‘memilih suatu kelompok untuk menjadi umat-Nya.’ Siapakah mereka? (Kis. 15:14)
Mereka ialah orang Yahudi dan bukan Yahudi yang dipilih oleh Tuhan untuk menjadi umat-Nya. Mereka mengisytiharkan perbuatan Tuhan yang luar biasa. (1 Ptr. 2:9, 10)—15/11, muka surat 24-25.