Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

TOPIK UTAMA | DUSTA YANG MENGHALANG KITA MENGASIHI TUHAN

Sebabnya Orang Susah Mengasihi Tuhan

Sebabnya Orang Susah Mengasihi Tuhan

“‘Kamu mesti mengasihi Yehuwa, Tuhanmu, dengan segenap hati, dengan segenap jiwa, dan dengan segenap akal.’ Inilah hukum pertama dan hukum yang terpenting.”​Yesus Kristus, 33 M. *

Sesetengah orang berasa susah untuk mengasihi Tuhan kerana mereka fikir Dia sangat jauh, kejam, atau merupakan suatu misteri yang tidak dapat difahami. Dengarlah luahan beberapa orang ini.

  • “Saya berdoa untuk memohon bantuan Tuhan. Tapi pada masa yang sama, saya rasa Dia sangat jauh. Bagi saya, Tuhan hanyalah suatu kuasa yang tiada emosi.”​—Marco, Itali.

  • “Saya mahu menyembah Tuhan. Tapi saya rasa Dia susah didekati dan tidak mengasihi kita. Saya fikir Dia kejam dan hanya mahu hukum kita saja.”​—Rosa, Guatemala.

  • “Masa kecil, saya fikir Tuhan mahu cari kesalahan kita supaya Dia boleh hukum kita. Masa saya dewasa, saya rasa Tuhan seperti pemimpin berkuasa yang mengatur hidup orang tetapi tidak mengasihi mereka.”​—Raymonde, Kanada.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda dapat mengasihi Tuhan? Sejak dulu lagi, sesetengah orang Kristian tertanya-tanya sama ada kita dapat mengasihi Tuhan atau tidak. Ada orang Kristian yang bahkan tidak berani berdoa kepada Tuhan Yang Maha Kuasa atau menghampiri-Nya. Mengapa? Sejarawan yang bernama Will Durant berkata, “Mana mungkin seorang pendosa dan insan biasa berani berdoa kepada Raja yang begitu menakutkan dan jauh?”

Bagaimanakah idea bahawa Tuhan itu “menakutkan dan jauh” mula tertanam dalam fikiran orang? Apakah yang sebenarnya diajarkan Bible tentang Tuhan? Dapatkah kebenaran tentang Tuhan membantu anda mengasihi-Nya?