Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

BAGAIMANA SUMBANGAN ANDA DIGUNAKAN

Persidangan Video untuk Perjumpaan Sidang

Persidangan Video untuk Perjumpaan Sidang

26 JUN 2020

 Di serata dunia, banyak negara telah melarang orang berkumpul dan menghendaki rakyat mematuhi penjarakan sosial. Saksi-Saksi Yehuwa bertekad untuk mematuhi perintah itu. Tetapi pada masa yang sama, mereka masih mahu beribadat bersama ahli sidang. Oleh itu, sidang Saksi-Saksi Yehuwa telah menggunakan aplikasi persidangan video seperti Zoom untuk mengadakan perjumpaan Kristian.

 Untuk memastikan perjumpaan dapat diadakan secara tetap dan selamat, Badan Pimpinan telah meluluskan penggunaan wang sumbangan untuk membeli akaun Zoom. Aturan ini sangat membantu kerana terdapat sidang yang tidak mampu membeli akaun persidangan video (harganya sekitar $20 dolar Amerika atau lebih). Sebelum ini, sidang mungkin perlu menggunakan aplikasi yang percuma. Namun aplikasi sebegitu tidak selamat dan mengizinkan jumlah sambungan yang terhad. Sekarang, dengan adanya akaun Zoom organisasi, sidang dapat mengadakan perjumpaan dengan selamat dan lebih banyak orang dapat menyertainya. Setakat ini, lebih daripada 65,000 sidang di lebih daripada 170 negara sedang meraih manfaat daripada akaun sebegini.

 Sidang Kairagi di Sulawesi Utara, Indonesia, telah mula menggunakan akaun Zoom organisasi. Sebelum ini, mereka menggunakan aplikasi yang percuma. Saudara Hadi Santoso berkata, “Sekarang, saudara saudari yang tidak begitu biasa menggunakan alat elektronik pun dapat menikmati perjumpaan. Mereka tidak perlu asyik log masuk semasa perjumpaan.”

 Lester Jijón, Jr., seorang penatua dari Sidang Guayacanes Oeste di Guayaquil, Ecuador, berkata, “Saudara saudari di sini miskin dan tidak mampu membeli akaun Zoom supaya seluruh sidang boleh menyertai perjumpaan. Tapi dengan adanya akaun Zoom daripada organisasi, kami boleh jemput banyak orang untuk menyertai perjumpaan. Kami tidak perlu risau tentang had sambungan.”

 Johnson Mwanza, seorang penatua di Sidang Ngwerere North, Lusaka, Zambia, menulis, “Saudara saudari selalu kata ‘aturan akaun Zoom organisasi sangat bagus. Kami bukan saja rasa lebih rapat dengan saudara saudari, tapi kami rasa kasih dan keprihatinan Yehuwa.’”

 Akaun Zoom organisasi telah dibeli dengan menggunakan dana bagi bantuan bencana. Dana sebegini diperoleh melalui sumbangan untuk kerja sedunia dan ada yang membuatnya melalui donate.dan124.com. Kami ingin ucapkan terima kasih atas semua sumbangan anda. Sokongan anda membolehkan bantuan disalurkan ke serata dunia.—2 Korintus 8:14.