Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Anna Moneymaker/Getty Images

TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Saintis Menggerakkan Jam Kiamat Lebih Dekat Tengah Malam—Apakah yang Bible Katakan?

Saintis Menggerakkan Jam Kiamat Lebih Dekat Tengah Malam—Apakah yang Bible Katakan?

 Pada 24 Januari 2023, para saintis menggerakkan Jam Kiamat a sehingga hampir menyentuh tengah malam. Hal ini bererti kemusnahan dunia bakal tiba.

  •   “‘Jam Kiamat’ melambangkan ancaman terhadap kehidupan manusia di bumi. Pada hari Selasa, jam ini digerakkan begitu dekat sekali ke tengah malam. Faktor yang mendorong hal ini termasuk perang di Ukraine, ancaman perang nuklear, dan krisis iklim.”—AFP International Text Wire.

  •   “Pada Selasa lalu, para saintis kata bahawa hanya tinggal 90 saat lagi sebelum ‘Jam Kiamat’ menyentuh tengah malam. Hal ini menandakan bahawa bumi bakal hancur. Inilah waktu terdekat yang pernah tercatat dalam sejarah.”—ABC News.

  •   “Menurut sekumpulan saintis antarabangsa, bumi di ambang kehancuran. Tidak pernah manusia berada di tahap yang begitu parah.”—The Guardian.

 Adakah kemusnahan umat manusia dan bumi semakin dekat? Perlukah kita takut tentang apa yang akan berlaku pada masa depan? Apakah yang Bible katakan?

Apakah masa depan manusia dan bumi?

 Menurut Bible, “bumi kekal buat selama-lamanya,” dan orang “akan mendiaminya selama-lamanya.” (Pengkhutbah 1:4; Mazmur 37:29) Maka, manusia tidak akan memusnahkan bumi atau menyebabkan bumi tidak dapat didiami lagi.

 Namun, Bible ada menyebut bahawa akhir akan tiba. Contohnya, Bible kata bahawa “dunia . . . sedang berlalu,” atau menurut terjemahan lain, “sedang lenyap.”—1 Yohanes 2:17.

Kekalkan pandangan positif

 Bible dapat bantu kita mempunyai pandangan yang positif meskipun dunia dilanda banyak masalah.

 Untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada Bible, kami menjemput anda untuk menyertai kursus perbincangan Bible kami yang percuma.

a “Jam Kiamat memberi amaran kepada orang ramai tentang kegiatan dan teknologi yang mengancam manusia dan bumi. Hal itu mengingatkan kita tentang tindakan yang perlu diambil untuk mengelakkan kehancuran manusia sejagat.”—Bulletin of the Atomic Scientists.