Pelajar Universiti Melawat Pejabat Cawangan Saksi-Saksi Yehuwa di Mexico
Sekitar 40 orang pelajar universiti melawat pejabat cawangan dan bahagian percetakan Saksi-Saksi Yehuwa di Mexico. Menurut sebuah jurnal universiti, Gaceta, lawatan itu telah membantu mereka “melenyapkan prasangka” terhadap para Saksi.
Para pelajar itu mengatakan:
“Kami kagum melihat banyak sifat yang baik . . . hormat, sopan, sama rata, bersih.”
“Semangat kerjasama mereka patut diteladani.”
“Semua orang memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa melakukan tugasan, mereka juga kelihatan ceria.”
“Kami amat teruja melihat betapa teraturnya pertubuhan penerbitan ini.”
Mereka ialah pelajar National School of Library and Archival Sciences di Bandar Raya Mexico.
Saksi-Saksi Yehuwa menawarkan kunjungan percuma ke pejabat cawangan dan percetakan mereka di hampir 100 buah negara. Jika sekolah anda berminat, maklumat tentang masa dan lokasi boleh didapati di MENGENAI KAMI > PEJABAT & LAWATAN. Pejabat cawangan kami terbuka kepada pelawat, sama ada secara individu atau keluarga.