Lompat ke kandungan

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Percaya pada Ajaran Kreasionisme?

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Percaya pada Ajaran Kreasionisme?

 Tidak. Saksi-Saksi Yehuwa percaya bahawa Tuhan menciptakan segalanya. Tetapi kami tidak setuju dengan ajaran kreasionisme. Mengapa? Hal ini kerana beberapa ajaran mereka bercanggah dengan ajaran Bible. Perhatikan dua contoh berikut:

  1.   Tempoh enam hari penciptaan. Sesetengah ahli kreasionisme menyimpulkan bahawa bumi diciptakan dalam masa enam hari yang harfiah, iaitu panjang setiap hari ialah 24 jam. Tetapi, perkataan “hari” dalam Bible boleh merujuk kepada tempoh masa yang panjangnya berbeza-beza.​—Kejadian 2:4; Mazmur 90:4.

  2.   Usia bumi. Sesetengah ahli kreasionisme mengajar bahawa bumi hanya diciptakan beberapa ribu tahun dahulu. Namun, menurut Bible, bumi dan alam semesta telah wujud sebelum enam hari penciptaan. (Kejadian 1:1) Oleh itu, Saksi-Saksi Yehuwa tidak membantah penjelasan saintifik yang menyatakan bahawa bumi mungkin berumur berbilion-bilion tahun.

 Walaupun Saksi-Saksi Yehuwa percaya dalam penciptaan, kami tidak menolak ilmu sains. Kami percaya bahawa ilmu sains yang tepat adalah selaras dengan ajaran Bible.